28/08/2026
No such thing breast filler. Only breast augmentation by Plastic surgeon doctor
BREAST FILLER BUKAN RAWATAN BEAUTY BIASA.
Satu video yang sedang tular mendakwa prosedur membesarkan payudara dilakukan oleh seorang beautician, malah siap diberikan antibiotik selepas prosedur.
Bila jarum masuk ke dalam payudara untuk tujuan augmentation, itu bukan lagi sekadar “beauty treatment”.
Ia adalah prosedur perubatan yang mempunyai risiko sebenar.
Di Malaysia, garis panduan KKM meletakkan breast enhancement selain implant dalam skop prosedur aesthetic surgical specialist, dengan Plastic Surgeon sebagai core specialist dan prosedur dilakukan di fasiliti yang sesuai.
Jadi kalau seseorang bukan doktor, bukan pengamal perubatan berdaftar, tetapi menawarkan prosedur suntikan untuk membesarkan payudara, itu sepatutnya menjadi massive red flag.
Dan satu lagi.
“Lepas buat saya bagi antibiotik.”
Antibiotik bukan insurance yang menjadikan sesuatu prosedur tidak selamat menjadi selamat.
Filler yang disuntik ke kawasan payudara boleh menyebabkan komplikasi seperti:
• jangkitan dan abscess
• ketulan atau granuloma
• sakit dan keradangan berpanjangan
• filler bergerak ke kawasan lain
• perubahan bentuk payudara
• kecederaan tisu dan komplikasi vaskular
• sesetengah komplikasi hanya muncul berbulan atau bertahun kemudian
Kajian sistematik mengenai filler untuk pembesaran payudara turut melaporkan nodul, sakit, jangkitan, deformiti serta migrasi filler, dan sebahagian pesakit akhirnya memerlukan pembedahan untuk merawat komplikasi.
FDA juga memberi amaran supaya tidak menyuntik filler atau injectable silicone ke payudara untuk body enhancement, kerana komplikasinya boleh menjadi serius termasuk jangkitan, kecacatan kekal, embolisme dan kematian.
Sebelum buat apa-apa aesthetic procedure, jangan tengok follower, testimoni atau before-after sahaja.
Semak siapa yang pegang jarum.
Semak sama ada dia doktor berdaftar.
Semak kelayakan aesthetic dan LCP.
Semak premis.
Tanya bahan apa yang hendak disuntik.
Tanya apa pelan jika berlaku emergency.
KKM menyediakan National Registry untuk semakan doktor yang mempunyai LCP dalam amalan perubatan estetik.
Kalau anda pernah menjalani prosedur sebegini dan sekarang payudara menjadi merah, panas, semakin sakit, bengkak, bernanah, demam atau muncul ketulan baru, jangan kembali sekadar untuk “top up antibiotik”.
Pergi dapatkan pemeriksaan doktor.
Cantik boleh dicari.
Payudara rosak akibat komplikasi mungkin mengambil masa bertahun untuk diperbaiki.