29/05/2026
🕋✨ Sambutan Hari Raya Aidiladha di EIP Kiddoscape✨🕋
Minggu lepas, anak-anak berpeluang mengenali konsep ibadah haji dan sambutan perayaan Aidiladha melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan bermakna.
Antara aktiviti yang dijalankan:
📖 Check in passport Haji
🕋 Simulasi Tawaf Kaabah
🎨 Art & Craft Kaabah Glitter
🖐️ Messy Play Cop Kaabah
Melalui aktiviti hands-on seperti ini, anak-anak bukan sahaja dapat meneroka kreativiti dan kemahiran motor halus, malah berpeluang memahami konsep melalui pengalaman yang lebih konkrit dan bermakna.
Alhamdulillah, anak-anak memberi kerjasama yang baik dan kelihatan sangat teruja sepanjang aktiviti dijalankan. Semoga pengalaman kecil ini menjadi memori yang indah serta membuka ruang pembelajaran yang lebih bermakna buat mereka.