Hadirah's Vitamin Empire

Hadirah's Vitamin Empire I am your Shaklee Independent Distributor :) Page ini memberikan pengalaman pelanggan dan idea2 set supplements daripada Shaklee. Saya bersedia membantu anda!!

ade pelabagai set dan kegunaan setiap vitamin :) dan juga dari penggunaan saya sendiri.

Jom layan winter sejok2 nih..
22/01/2022

Jom layan winter sejok2 nih..

Perbezaan Omega Guard Shaklee dengan jenama lain di pasaran?OmegaGuard Shaklee adalah ultrapure dan dihasilkan  melalui ...
03/09/2014

Perbezaan Omega Guard Shaklee dengan jenama lain di pasaran?

OmegaGuard Shaklee adalah ultrapure dan dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari tiga peringkat secara semulajadi bagi memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakkan ikan. Oleh itu, OmegaGuard Shaklee dijamin selamat dan semulajadi. Omega Guard dibuat dari ikan dan bukan hati ikan. Tahukah anda hati adalah tempat penggump**an dan penyingkiran bahan-bahan toksik.

Kelebihan Omega Guard

1-Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
2-Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
3-Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
4-Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
5-Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
6-Mengurangkan risiko darah beku
7-Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
8-Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins).
9-Mengurangkan KOLESTEROL JAHAT (Triglycerides & LDL) dalam darah dan menaikkan paras KOLESTEROL BAIK (HDL)
10-Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack).
11-Mengurangkan risiko mendapat STROKE (ANGIN AHMAR) sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic.
12-Mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi (hypertension) dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah
13-Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.
14-Mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi Rheumatoids
15-Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s
16-Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis
17-Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis)
18- Memberi kesan positif dalam penyakit Asma
19 -Memberi kesan positif dalam masalah kulit.

Promosi September 2016Shaklee Collagen Powder Beli 6 kotak percuma 1 kotakdengan Harga runcit RM1428mendapat keahlian pe...
02/09/2014

Promosi September 2016

Shaklee Collagen Powder
Beli 6 kotak percuma 1 kotak
dengan Harga runcit RM1428
mendapat keahlian percuma
penghantaran percuma
bonus RM100++

Jimat sehingga RM500!!

Apa kandungan Shaklee Collagen Powder ini?Untuk pengetahuan kawan-kawan, kandungan  utama SCP ini adalah dari sisik ikan...
02/09/2014

Apa kandungan Shaklee Collagen Powder ini?

Untuk pengetahuan kawan-kawan, kandungan utama SCP ini adalah dari sisik ikan merah, iaitu salah satu sumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi dan pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen haiwan yang lain.

Ada lagi 7 kandungan tambahan dalam Shaklee Collagen Powder ini...

1. Ekstrak kerang-kerangan : Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

2. Elastin dari kolagen ikan - Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit.

3. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dan anjal

4. Lactobasilus Acidophilus - Sejenis bakteria baik yang membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaan semulajadi sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen

5. Ekstrak Pfaffia : Pfaffia juga digelar sebagai Ginseng Brazil yang bila digabungkan dengan ekstrak biji benih Camellia Japonica, dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan membuatkan kulit lembut, lembap dan rata.

6. Ekstrak biji benih Camellia Japonica : Mengandungi asid oleik , sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi. Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas

7. Vitamin B dan Vitamin C : VItamin-vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat , lemak dan protein untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel dan vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen semulajadi yang melawan radikal bebas yang merosakkan kulit kita.

Apa istimewanya Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS ( Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (melalui ujian klinikal).

Macam mana bentuk Shaklee Collagen Powder

Ianya berbentuk serbuk yang mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran. 1 kotak mengandungi 15 sachet di mana setiap sachet mengandungi 15mg.

Siapa yang sesuai ambil Shaklee Collagen Powder ini

1. Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata,
2. Kesan bengkak bawah mata
3. Penglihatan kabur
4. Gusi yang tidak sihat
5. Rambut kering dan bercabang dihujung
6. Liang roma besar, pigmentasi, jeragat dan kulit kering
7. Kelihatan tua dari umur sebenar
8. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan
9. Payudara dan punggung kelenturan
10.Kehilangan kalsium , sakit belakang dan sakit sendi
11. Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan

Ibu menyusu boleh ambil Shaklee Collagen Powder

Ibu menyusu juga boleh mengambil Shaklee Collagen Powder . Jika anda dan bayi anda boleh terima suplemen Alfalfa, bermakna Collagen Powder juga Insya Allah tidak menjadi masalah.
Malah ada yang pernah beritahu setelah mengambil collagen , susunya mencurah-curah.
Jika kawan-kawan tidak pernah menggunakan Alfalfa, boleh juga menggunakan rules of 4 days, iaitu cuba ambil collagen selama 4 hari berturut-turut, jika tiada kesan kepada bayi dan kawan-kawan, bermakna kawan-kawan boleh teruskan pengambilan. Tetapi satu yang pasti, kandungan collagen adalah semulajadi , tiada perasa tambahan ..Jadi jangan takut untuk mencuba.

Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apab...
28/04/2014

Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama, untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan *:

Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;
Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.
6 SEBAB MENGAPA NUTRIFERON PILIHAN SAYA DAN ANDA?

Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*-Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*
Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon-Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
Rumusan Berpaten Yang Eksklusif-NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
40 tahun kajian-Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.
Sejak NutriFeron ™ telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini, yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine,, mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan NutriFeron ™.

Read more http://www.celikvitamin.com/blog/tingkatkan-sistem-imun-anda-dengan-nutriferon-shaklee/

24/04/2014

set hamil, set berpantang, set bersalin, wanita hamil,

Supplements untuk ibu bekerja.
14/02/2014

Supplements untuk ibu bekerja.

Sebenarnya kenapa ini berlaku dan adakah ianya betul-betul ‘menghakis?’ Benarkah ianya berlaku disebabkan tindakan kimia...
02/12/2013

Sebenarnya kenapa ini berlaku dan adakah ianya betul-betul ‘menghakis?’ Benarkah ianya berlaku disebabkan tindakan kimia atau chemical reaction?

Fahami konsep ni:

Polisterin ialah non-polar polimer dan fish oil p**a adalah non-polar liquid. Hampir semua jenis minyak, termasuk minyak ikan boleh melarutkan polisterin dari bentuk solid-liquid. Proses ini bukannya ‘chemical reaction’ ianya sekadar solvent-type action. Contohnya lah..macam kita larutkan gula dalam air..bukan tindakbalas kimia pun..dan makin panas, makin cepatlah ia larut..sebab tu jugaklah kalau experiement kat atas tadi dibuat dengan air suam, lagi lambatlah kesannya..kalau air panas, cepat lah kesannya..

Jadi, dalam hal ini, minyak ikan adalah non polar solvent yang boleh melarutkan non polar polymer. Itu sahaja..

Adakah ianya berbahaya?

Tak bahaya ya..sebab ianya bukan chemical reaction pun..Lagi pun tubuh kita bukan non polar polimer hehe

Tapi kenapa yang sebelah kanan tu tak melarutkan polisterin tu sedangkan itu pun minyak ikan juga?

Ok, disini penjelasannya bergantung kepada seasli mana minyak ikan tersebut..or how pure the fish oil is.

Lazimnya minyak ikan biasa hanya melalui proses penyulingan untuk menyingkirkan bendasing (impurities) dan mengasingkan minyak ikan dari ikan tersebut. Dengan proses yang ringkas ini, minyak ikan yang diperolehi pastinya kurang berkualiti kerana lemak tepu masih ada dan belum disingkirkan dan minyak ikan pada peringkat ini masih dalam bentuk kompleks, dan pastinya sukar diserap oleh badan. Sebab itulah ianya mengambil masa yang lama untuk melarutkan polimer tadi walaupun pada suhu yang tinggi.

Berbeza dengan minyak ikan yang berkualiti tinggi, minyak ikan ini melalui proses penyulingan kedua atau berperingkat untuk menyingkirkan lemak tepu dan lemak selain Omega-3 fat. Proses ini sangat penting kerana melalui proses inilah bendasing seperti merkuri dan logam berat (mercury and heavy metal..bukan rock band tu ye) daripada ikan. (ini yang kalau kita terlalu banyak ikan, kita bukan shj dapat omega, merkuri semua sekali masuk kedalam sistem badan..sebab tu disyorkan ambil supplement)

Minyak ikan ini berada dalam bentuk yang lebih ringkas, asli, dan tinggi dengan Omega 3..dan tindakbalasnya pun lebih cepat. Sebab tu cawan belah kiri tadi cepat terlarut..

Ringkasnya, lebih pure minyak ikan tu lebih cepat tindakbalasnya.

Ok bab2 hakis menghakis tadi dah clear kan? Nak go details boleh..tapi nanti kena keluar chemical bond lah chemical fomula la..pening nanti semua orang..so itu yang adaa dapat ringkaskan lah.

Bagaimana dengan Shaklee omega guard?

Kalau tengok gambar kat atas tadi memang tembus lah pinggan tu..Tapi jangan risau, itu membuktikan yang omega Shaklee ni solvent yang bagus dan pure..Betul ke pure? Layan aje video ni..(penyulingan bukan dua tapi tripple molecular distillation!)

Sebelum tu, nak tahu cara memilih fish oil yang terbaik dan adakah Omega Shaklee fish oil yang terbaik as claimed, nantikan entry adaa yang seterusnya..nak gi buat experiment dulu nih hehe

omega-3 breaking down styrofoam cup like it breaks down fat in your blood vessels

26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita2.  Melicin...
02/12/2013

26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Address

Al Khor (city)

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hadirah's Vitamin Empire posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share