SoulRiche SpaHati

SoulRiche SpaHati Enriching Your Soul
♡Knowledge♡Heal♡Support

Membantu para wanita kembali kepada Fitrah diri yang kaya jiwa.

Personal / Group Coaching / Workshop

STIFin Consultant/ESQ Syifa' Healing Practitioner/ESQ Talent DNA Coach/ESQ 3.0 Coach/Master Trainer AD-HTP

24/06/2026
23/06/2026

Betul ke berhijrah kerana Allah, atau ada keinginan lain yang masih tersembunyi di sebalik usaha ini?

Kadang kita terlalu fokus pada apa yang nak diperbaiki, hingga terlupa bahawa Allah telah menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian.

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." (At-Tin: 4)

Kita adalah karya Ya Kholiq, Ya Musawwir yang teragung. We are HIS MASTERPIECE.

Hijrah bukan sebab nak jadi orang lain. Hijrah adalah mengenali diri yang Allah ciptakan, lalu melangkah menuju potensi terbaik yang telah Dia amanahkan kepada kita.

Bila dah faham apa yang menggerakkan hati kita dari dalam, perjalanan hijrah menjadi lebih ringan, lebih jelas arahnya dan lebih bermakna.

Ya Rabb, mudahkanlah setiap langkah hijrah kami menujuMu. 🤲🏻

Jika sahabat juga sedang dalam perjalanan mengenal diri dan mencari arah, kak Suh sedia menemani proses itu.

DM *Hijrah* untuk dapatkan special Muharram.

24/05/2026

Alhamdulillah
Teruja sangat nak share ni.

Agak lama juga kak Suh tak buat workshop. Alhamdulillah for the very first time ksuh gabungkan Terapi Lukisan (ADHTP) dengan SpaHati.

Sebenarnya ilhamnya dah lama namun aturan Ya Baari yang lebih tepat tahun ini.

Sebelum ni dalam Spahati, ksuh perasan ada peserta yang belum bersedia to participate. Ini bukan kerana mereka sombong ke tak mahu bergaul tapi mereka tak tahu bagaimana nak mula.

In shaa Allah dengan TERAPI LUKISAN (ADHTP) mudah untuk kenali potensi, kekuatan, pengalang dan juga trauma silam seseorang yang dia sendiri tak sedar selama ni. Semuanya dari penerokaan lukisan saja.

✨ Soulsketch Healing Workshop✨

📍 Venue: Primz Bizhub
21 Woodlands Close Singapore 737854
📅 Date: 31 May 2026
⏰ Time: 10am – 1pm

💛 Zulhijjah Special: $45 per person
👭 Besties Healing Pass: $80 for 2 ladies

In shaa Allah jumpa nanti. Bawa Besties tau. Kita belajar, makan makan, melukis, bonding dan healing sama sama. ☺️

📌 Tarikh Tutup pendaftatan: Khamis, 28 May 2026

📲 Whatsapp to register:
+65 8010 5572

29/12/2025

Ini kisah Nurul.
Seorang wanita yang kelihatan kuat,
namun menyimpan terlalu banyak perasaan di dalam.

Dalam sesi Terapi Lukisan,
Nurul akhirnya melihat apa yang akalnya tidak mampu fahami —
bukan dirinya yang bermasalah,
tetapi perasaan yang lama dipendam tanpa ruang.

Kerana emosi yang tidak diluahkan
tidak akan hilang,
ia akan mencari jalan sendiri untuk keluar.

Terima kasih & tahniah Nurul 🤍
itu bukan kelemahan,
itulah keberanian.

✨ Bulan Rejab yang mulia
masa untuk berhenti memendam
dan memberi ruang pada diri.

🌱 Ambil langkah kecil dengan sedar.
📩 Jika hati anda terpanggil, DM *REJAB* ke +6580105572 untuk dapatkan potongan 40% sesi Terapi Lukisan.

mentalwellnesscoach

28/11/2025

Blessed Frida

Duhai Allah Yang Maha Adil, Engkau tak pernah pilih kasih.  Semua makhlok mendapatkan pancaran cahayaMu Ya Nur.HambaMu t...
19/08/2022

Duhai Allah Yang Maha Adil, Engkau tak pernah pilih kasih. Semua makhlok mendapatkan pancaran cahayaMu Ya Nur.

HambaMu tidak akan dirugikan dan akan dibalas dengan adil mengikut apa yang dikerjakannya.

KeadilanMu tidak dapat ditafsirkan manusia. Seringkali apa yang disukai oleh Mu Allah, tidak disukai manusia.

Ingatkan kami Rabb, pengadilanMu adalah yang terbaik buat kami agar kami mudah terima dan redho dengan ketentuanMu Ya Qodir Ya Muktadir.

Aameen Ya Mujibasailiin🤲





29/04/2021

Salam Nuzul Quran 🥰

Ramadhan TerindahKali pertama saya hadiri ESQ training Level 1 pada awal 2019.  Tamat Level 4 akhir 2019..deep sangat.  ...
25/04/2021

Ramadhan Terindah

Kali pertama saya hadiri ESQ training Level 1 pada awal 2019. Tamat Level 4 akhir 2019..deep sangat. Dalam training saya panjatkan doa pada Allah Ya Baari agar agendakan keluarga dan semua yang saya kenali dipilih untuk hadir Esq Training juga.

Akhir training ada juga terdengar peserta² share kisah² alumni terdahulu dilanda ujian setelah habis training Level 4 ni. Kecut perut. Seramnyer saya dengar.

2020, tahun yang sangat mencabar buat saya. Masa awal Covid19 saya dianugerahkan dengan ujian kesihatan dan sempat keluar masok hospital empat kali dan berakhir dengan operation.

Alhamdulillah, masa ni Esq NEW CHAPTER training dah go online. Seminggu selepas operasi, dalam keadaan sakit saya gagahkan diri recharge training online. Dan doa saya masa itu YA ALLAH MASOKAN RASA CINTA DALAM HATI KU KEPADAMU.

Seminggu selepas New Chapter online saya diuji p**a dengan hubungan rumahtangga. Terimbas akan doa saya masa training lepas.
Mungkin ini ujian Allah pada saya yang inginkan Cinta dalam hati kepadaNYA.
Benar ke engkau mencintai NYA su? Atau engkau lebih mencintai pasangan mu?

Perit, pedih, sakit nak menerima kenyataan. Rasanya hati remuk tak dapat digambarkan dengan kata².

Hanya ilmu yang saya pelajari dari , , , menjadi peringatan. Betapa luasnya rahmat dan kasih sayangnya Allah.

October 2020, sekali lagi saya recharge dan paksa suami join sekali. Seterusnya suami selesaikan semua training² ESQ.

Ramadhan 2021 New Chapter datang lagi. Alhamdulillah hari ini selesai sudah dua hari training. Disisi saya, sebelah kanan mak dan sebelah kiri p**a suami.

Bila dah tahu siapa kita
Dimana kita dan
Mahu kemana kita
Inshaa Allah ujian lebih mudah dilalui.

Terima kasih Allah untuk Ramadhan yang terindah ini.


Address

Singapore

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SoulRiche SpaHati posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Featured

Share