Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia

Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia PDN sedia berkhidmat kepada masyarakat dalam menyediakan darah yang mencukupi dan selamat.
(238)

Pusat Darah Negara (PDN) yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab merancang serta memperkembangkan perkhidmatan trasfusi darah di peringkat wilayah dan kebangsaan. PDN memberikan perkhidmatan kepakaran di dalam bidang Perolehan dan Pendermaan Darah, Transfusi Perubatan, Platelet Serologi, Tranfusi Mikrobologi, Hematologi, Immunohematologi, Produksi dan Fraksinasi, Hemostasis, Inventori, Histokompatibiliti dan Immunogenetik, Kualiti/ Biokimia, Darah Tali Pusat dan Pendidikan Kesihatan. Pada peringkat Wilayah Tengah, PDN bertanggungjawab mengumpul, memproses dan membekalkan darah dan produk-prooduk darah untuk kegunaan pesakit di hospital-hospital kerajaan dan swasta bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. PDN turut bertanggungjawab memproses dan menjalankan ujian saringan darah bagi seluruh negeri Selangor, Negeri Sembilan dan juga Pahang Barat. Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan memastikan anggota PDN mendapat latihan dan pembelajaran yang berterusan, PDN telah menganjurkan dan memberikan latihan di peringkat dalaman, kebangsaan dan antarabangsa melalui kursus, seminar,bengkel dan konferen. PDN turut memberikan khidmat latihan kepada anggota di hospital daerah, hospital negeri, pelatih Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP), Pegawai Perubatan, Pegawai Sains dan pelatih Siswazah Lanjutan Perubatan serta pelajar-pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta. PDN juga telah mendapat pengiktirafan akreditasi dari NATA (National Association of Testing Authorities), Australia bagi piawaian ISO/IEC 17025. Diharap dengan pengiktirafan ini pelanggan akan lebih yakin dengan perkhidmatan dan hasil darah yang dibekalkan dari aspek kualiti dan keselamatan.

๐—๐—ผ๐—บ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฃ๐˜‚ ๐— ๐—ฒ๐—ป ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฎ๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—ฑ๐—ฑ๐—ต๐—ถ๐˜€๐˜ ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—น๐—ฒโค๏ธ๐Ÿฉธ๐Ÿต/๐Ÿด/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—”๐—ต๐—ฎ๐—ฑ), ๐Ÿต.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ - ๐Ÿฏ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด๐——๐—˜๐—ช๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก๐—จ๐—ง...
08/08/2026

๐—๐—ผ๐—บ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฃ๐˜‚ ๐— ๐—ฒ๐—ป ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฎ๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—ฑ๐—ฑ๐—ต๐—ถ๐˜€๐˜ ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—น๐—ฒโค๏ธ๐Ÿฉธ
๐Ÿต/๐Ÿด/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—”๐—ต๐—ฎ๐—ฑ), ๐Ÿต.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ - ๐Ÿฏ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด
๐——๐—˜๐—ช๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก๐—จ๐—ง
๐—ฃ๐—จ ๐— ๐—˜๐—ก ๐—ฆ๐—›๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—จ, ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐Ÿณ, ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐Ÿด,
๐—ง๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—ž๐—œ๐—ก๐—ฅ๐—”๐—ฅ๐—”, ๐—ฃ๐—จ๐—–๐—›๐—ข๐—ก๐—š

Perkongsian kenyataan oleh Tang Heng Keong, salah seorang penerima Anugerah Emas: Penderma Aferesis yang juga merupakan Penganjur aktif PDN....

Hari ini saya amat berbesar hati menerima anugerah "Penderma Aferesis (Emas)" sempena Hari Penderma Darah Sedunia selepas menderma lebih 400 kali.

Mungkin ramai tak tahu, saya sendiri penghidap Thalassemia. Ada harinya hemoglobin tak cukup dan terpaksa pulang. Tapi saya tak putus asa bila badan mampu, saya akan terus menderma dan berkongsi rezeki hayat dengan yang memerlukan.

Menderma darah bukan hal yang hebat, tapi satu kebaikan kecil yang mampu kita buat. Satu beg darah dari anda, mungkin harapan besar buat pesakit lain.

Jika kesihatan mengizinkan, jemput hadir esok. Jumpa anda di sana untuk sama-sama menyebar kebaikan! ๐Ÿ™Œโœจ

๐Ÿฉธ ๆ˜Žๅคฉ๏ผŒๆฅไฝ›ๅ ‚ๆไธ€ไปฝ่ก€๏ผŒไนŸ่ฎธๅฐฑ่ƒฝไธบไธ€ไธช็”Ÿๅ‘ฝๅธฆๆฅไธ€ไปฝๅธŒๆœ›ใ€‚โค๏ธ

ไปŠๅคฉๅพˆ่ฃๅนธๅ—้‚€ๅ‡บๅธญ โ€œHari Penderma Darah Sedunia Peringkat Pusat Darah Negara 2026โ€๏ผŒๅนถๅ› ไธบ็ดฏ่ฎกๆ่ก€่ถ…่ฟ‡400ๆฌก๏ผŒ่Žท้ข โ€œPenderma Aferesis (Emas)โ€ใ€‚

ๅพˆๅคšๆœ‹ๅ‹ๅฏ่ƒฝไธ็Ÿฅ้“๏ผŒๅ…ถๅฎžๆˆ‘ๆœฌ่บซๆœ‰ๅœฐไธญๆตท่ดซ่ก€๏ผˆThalassemia๏ผ‰ใ€‚ ๆœ‰ๆ—ถๅ€™ๅ…ด่‡ดๅ‹ƒๅ‹ƒๅœฐๆฅๅˆฐๆ่ก€ไธญๅฟƒ๏ผŒๅดๅ› ไธบๅฝ“ๅคฉ Hemoglobin ไธ่พพๆ ‡๏ผŒไธ่ƒฝๆ๏ผŒๅช่ƒฝๅ›žๅฎถใ€‚้‚ฃๆ—ถๅ€™ๆˆ‘ไผšๅ‘Š่ฏ‰่‡ชๅทฑ๏ผšๆฒกๅ…ณ็ณป๏ผŒไปŠๅคฉไธ่ƒฝๆ๏ผŒๅฐฑๆ”นๅคฉๅ†ๆฅใ€‚

ๅ› ไธบๆˆ‘ๅง‹็ปˆ่ง‰ๅพ—๏ผŒๆ—ข็„ถ่‡ชๅทฑ่ฟ˜ๆœ‰ไธ€็‚น่ƒฝๅŠ›๏ผŒ่ฟ˜ๆœ‰ไธ€็‚น็ฆๆŠฅ๏ผŒๅฐฑๅบ”่ฏฅๆŠŠ่ฟ™ไปฝ็ฆๆŠฅๅˆ†ไบซ็ป™ๆœ‰้œ€่ฆ็š„ไบบใ€‚400ๅคšๆฌกๆ่ก€๏ผŒ่ฎฉๆˆ‘ๆ›ดๅŠ ๆ˜Ž็™ฝ๏ผšๆ่ก€ไธๆ˜ฏไธ€ไปถไผŸๅคง็š„ไบ‹ๆƒ…๏ผŒ่€Œๆ˜ฏไธ€ไปถๆˆ‘ไปฌๆœ‰่ƒฝๅŠ›ๅฐฑๅฏไปฅๅš็š„ๅ–„ไบ‹ใ€‚

ๆˆ‘ไปฌไธ็Ÿฅ้“่ฟ™ไธ€่ข‹่ก€ๆœ€ๅŽไผšๅธฎๅŠฉ่ฐ๏ผŒไนŸ่ฎธๆ˜ฏไธ€ไธชๆญฃๅœจๆŽฅๅ—ๆฒป็–—็š„ไบบ๏ผŒไนŸ่ฎธๆ˜ฏไธ€ไธชๆ€ฅ้œ€่พ“่ก€็š„็—…ไบบใ€‚ไฝ†ๆˆ‘ไปฌๅฏไปฅ็กฎๅฎš็š„ๆ˜ฏโ€”โ€”ๅฝ“ๆœ‰ไบบ้œ€่ฆ็š„ๆ—ถๅ€™๏ผŒๆˆ‘ไปฌ็š„่ฟ™ไธ€็‚นไป˜ๅ‡บ๏ผŒๅฏ่ƒฝๅฐฑๆ˜ฏไป–ไปฌ็š„ไธ€ไปฝๅธŒๆœ›ใ€‚

๐Ÿ™ ๆ‰€ไปฅ๏ผŒๆ˜Žๅคฉๅฆ‚ๆžœๆ‚จ็š„่บซไฝ“็Šถๅ†ตๅ…่ฎธ๏ผŒๆฌข่ฟŽๅคงๅฎถๆฅๅˆฐไฝ›ๅ ‚ๅ‚ๅŠ ๆ่ก€ๆดปๅŠจใ€‚ไธ็”จๆƒณๅคชๅคš๏ผŒไนŸไธ็”จ่ง‰ๅพ—่‡ชๅทฑๅšไธไบ†ไป€ไนˆใ€‚่ƒฝๅคŸๆ๏ผŒๅฐฑๆไธ€ๅŒ…๏ผ›่ƒฝๅคŸๅธฎๅŠฉไธ€ไธชไบบ๏ผŒๅฐฑๅทฒ็ปๅพˆๆœ‰ๆ„ไน‰ใ€‚ๆˆ‘ไนŸไผš็ปง็ปญๅšๆŒ๏ผŒ่ƒฝๆ็š„ๆ—ถๅ€™ๅฐฑๆใ€‚

ๅธŒๆœ›ๆ˜Žๅคฉไฝ›ๅ ‚่ง๏ผŒๅคงๅฎถไธ€่ตทๆŠŠ่ฟ™ไปฝ็ˆฑๅฟƒไผ ไธ‹ๅŽปใ€‚โค๏ธ ๆ่ก€ๆ•‘ไบบ๏ผŒๅŠŸๅพทๆ— ้‡ใ€‚

#ๆ˜Žๅคฉไฝ›ๅ ‚่ง
#ๆ่ก€ๆดปๅŠจ
#ๆ่ก€ๆ•‘ไบบ
#ไธ€่ข‹่ก€ไธ€ไปฝๅธŒๆœ›
#ๆŠŠ็ฆๆŠฅไผ ไธ‹ๅŽป

๐——๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ ๐—ง๐—ฎ๐—ฝ ๐—ฅ๐—ผ๐—ผ๐—บ, ๐—•๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ผ๐—ผ ๐—›๐—ถ๐—น๐—น๐˜€! โค๐ŸฉธMasa untuk berbakti kepada komuniti! Luangkan sedikit masa hari Ahad anda untuk...
08/08/2026

๐——๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ ๐—ง๐—ฎ๐—ฝ ๐—ฅ๐—ผ๐—ผ๐—บ, ๐—•๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ผ๐—ผ ๐—›๐—ถ๐—น๐—น๐˜€! โค๐Ÿฉธ

Masa untuk berbakti kepada komuniti! Luangkan sedikit masa hari Ahad anda untuk selamatkan nyawa.

Butiran Acara:

๐Ÿ“… Tarikh: 9 Ogos 2026 (Ahad)
โฐ Masa: 10:00 AM โ€“ 3:00 PM
๐Ÿ“ Lokasi: Tap Room, Bamboo Hills

Pemeriksaan Kesihatan PERCUMA (kerjasama Vedo Wellness):

๐Ÿ“Š Analisis Komposisi Badan (BCA)
๐Ÿฉบ Ujian Mikrosirkulasi (MCT)
Daftar awal di sini: https://forms.gle/7xQMVVKpCw87UpW9A

Tag kawan anda dan jom pergi sekali! ๐Ÿ™Œ

Tap Room KL

Ready to make a real difference right here in the neighbourhood? ๐Ÿฉธโœจ

Mark your calendars! *Tap Room Bamboo Hills* is hosting a Blood Donation Drive on *9 August* as part of our recurring community initiative to give back, and we'd love for you to join us.

Spend a little of your Sunday morning with us โ€” your donation could be the hope someone is waiting for. โค๏ธ

In collaboration with Vedo Wellness, attendees can also enjoy *FREE health screenings*, including:
โ€ข Body Composition Analysis (BCA)
โ€ข Microcirculation Test (MCT)

The Details:
๐Ÿ“… Sunday, 9th August 2026
๐Ÿ•™ 10:00 AM โ€“ 3:00 PM
๐Ÿ“ Tap Room, Bamboo Hills

Ready to donate?
Sign up here: https://forms.gle/7xQMVVKpCw87UpW9A

Tag a friend with a big heart and let's do this together! ๐Ÿ‘‡โค๏ธ

๐—๐—ผ๐—บ ๐——๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ธ๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ!๐Ÿฉธโค๏ธ๐Ÿ“… 9 Ogos 2026 (Ahad) | 10:30 AM โ€“ 5:00 PM๐Ÿ“ EcoWorld Gallery @ Eco Grande...
08/08/2026

๐—๐—ผ๐—บ ๐——๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ธ๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ!๐Ÿฉธโค๏ธ

๐Ÿ“… 9 Ogos 2026 (Ahad) | 10:30 AM โ€“ 5:00 PM
๐Ÿ“ EcoWorld Gallery @ Eco Grandeur

Aktiviti Utama:

โค๏ธ Kempen Derma Darah
๐Ÿฉบ Pemeriksaan Kesihatan PERCUMA*
๐Ÿšถ Cabaran 5,000 Langkah (Menang Baucar RM50!) ๐ŸŽ
๐Ÿฐ Petting Zoo

Ajak famili & kawan-kawan. Jumpa di sana! ๐Ÿ™Œ

Eco Grandeur at Klang Valley

๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต, ๐—ฆ๐—ฒ๐—ท๐˜‚๐˜๐—ฎ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป! ๐Ÿฉธโค๏ธTahukah anda, setiap 2 saat ada pesakit di Malaysia yang memerlukan darah? 1 beg darah...
08/08/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต, ๐—ฆ๐—ฒ๐—ท๐˜‚๐˜๐—ฎ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป! ๐Ÿฉธโค๏ธ

Tahukah anda, setiap 2 saat ada pesakit di Malaysia yang memerlukan darah? 1 beg darah dari anda mampu menyelamatkan hingga 3 nyawa!

Jom derma darah dalam program anjuran bersama Lions Club Mid Valley KL, Vedo Wellness & Pusat Darah Negara.

Butiran Program:

๐Ÿ“ Lokasi: Cheras Leisure Mall
๐Ÿ“… Tarikh: 9 Ogos 2026 (Ahad)
โฐ Masa: 10:00 AM - 4:00 PM

๐Ÿš— Waze: https://waze.com/ul/hw283e4wkn

Ajak famili dan kawan-kawan sekali. Jumpa di sana! ๐Ÿ™Œโœจ

Vedo Wellness

๐Ÿฉธ Be a Lifesaver! Join Our Blood Donation Drive ๐Ÿฉธ

Did you know that in Malaysia, someone needs blood every two seconds? ๐Ÿšจ๐Ÿ’” From accident victims to those battling serious illnesses, the demand for blood is constant, and every drop makes a difference! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ This is your chance to be a hero! ๐ŸŒŸ

Why Should You Donate?
Save Lives: A single donation can save up to three people in need. ๐ŸŒŸ๐Ÿฉบ
Give Back: Blood donation is a simple way to make a huge impact in the lives of others who are in urgent need. ๐Ÿค๐Ÿ’–
Feel Great: Donating blood is quick, safe, and makes a positive difference in the world. ๐ŸŒ๐Ÿ˜Š

A nationwide effort to address the shortage of blood supply, we from Lion Clubs Mid Valley KL with Vedo Wellness and Pusat Darah Negara Malaysia are pleased to organize a blood donation campaign! If you wish to be one of the meaningful donors in this campaign. Join us at Cheras LeisureMall. Your one small act of kindness can help save up to three lives! Imagine the impact we can make together! ๐Ÿ’ช๐Ÿ’‰โค๏ธ

Event Details:
๐Ÿ“ Venue: Cheras LeisureMall
๐Ÿ—“๏ธ Date: 9 August 2026 (Sunday)
๐Ÿ•’ Time: 10:00 AM - 4:00 PM

Use Waze to drive to Cheras LeisureMall : https://waze.com/ul/hw283e4wkn

Bring your friends, family, and colleagues, and letโ€™s create a wave of compassion that flows throughout our community. ๐ŸŒŠ๐Ÿ’– Every donor is a hero, and every donation counts! ๐Ÿ™Œ๐ŸŽ‰

#้ฉฌๆฅ่ฅฟไบšๅ›ฝๅฎถ่ก€ๅบ“ไธญๅฟƒ

Jom derma darah. Jalankan tanggungjawab sosial anda, hadir di lokasi yang tertera di jadual.Untuk makluman lanjut, sila ...
08/08/2026

Jom derma darah. Jalankan tanggungjawab sosial anda, hadir di lokasi yang tertera di jadual.
Untuk makluman lanjut, sila layari www.pdn.gov.my


Syabas para Adiwira Darah!Lebih 400 beg darah berjaya dikumpul di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak hari ini.Terima ka...
08/08/2026

Syabas para Adiwira Darah!
Lebih 400 beg darah berjaya dikumpul di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak hari ini.

Terima kasih kepada semua yang hadir menderma darah tidak kira di pusat pendermaan darah statik PDN mahupun di kempen-kempen derma darah hari ini.


๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐— ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—˜๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ:  ๐—ฃ๐——๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—œ ๐Ÿฑ๐Ÿฎ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐— ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—›, ๐—ง๐—จ๐—๐—จ๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ ๐—ž๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—œ๐—ž KUALA LUMPUR, 8 Ogos - Sera...
08/08/2026

๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐— ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—˜๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐—ฃ๐——๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—œ ๐Ÿฑ๐Ÿฎ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐— ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—›, ๐—ง๐—จ๐—๐—จ๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ ๐—ž๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—œ๐—ž

KUALA LUMPUR, 8 Ogos - Seramai 52 penderma darah dan tujuh penganjur kempen derma darah menerima pengiktirafan dari Pusat Darah Negara (PDN) atas komitmen padu dalam membantu meningkatkan bekalan darah negara sepanjang tahun 2025-2026.

Dalam majlis sambutan hari penderma darah sedunia 2026 yang diadakan di Auditorium PDN hari ini, Pengarah Pusat Darah Negara, Dr. Nor Nazahah Mahmud, dalam ucapannya menekankan tentang pentingnya anjakan pemikiran masyarakat dalam menjadikan pendermaan darah sebagai satu amalan gaya hidup sihat yang berterusan dan bukannya sekadar kempen bermusim.

โ€œSaya menyeru agar budaya menderma darah dapat diwariskan kepada generasi belia sebagai penyambung warisan komuniti penderma darah negara pada masa hadapanโ€ katanya lagi.

๐—ž๐—ž๐—  ๐—ฆ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฏ๐Ÿฌ

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mensasarkan peningkatan kadar pendermaan darah negara daripada 23 pendermaan kepada 30 pendermaan bagi setiap 1,000 penduduk menjelang tahun 2030 bagi memastikan bekalan darah kekal mencukupi untuk memenuhi permintaan perkhidmatan kesihatan yang terus meningkat.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dato' Dr. Mohd Azman Yacob, Malaysia memerlukan antara 2,200 hingga 2,400 unit darah setiap hari bagi memenuhi keperluan rawatan kira-kira 1,000 pesakit di seluruh negara merangkumi kes kemalangan, pembedahan berteknologi tinggi, komplikasi kehamilan, pesakit kanser serta talasemia.

Beliau menyatakan KKM komited dalam merealisasikan pembangunan kilang fraksinasi plasma negara dalam tempoh lima tahun akan datang bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar demi keselamatan kesihatan negara.

โ€œInisiatif strategik ini bertujuan bagi memastikan bekalan Plasma-Derived Medicinal Products (PDMP) seperti Intravenous Immunoglobulin (IVIg) dan albumin yang mencukupi, berkualiti, mampan dan berterusan untuk kegunaan pesakit di negara kita. Pada masa yang sama, ia merupakan langkah penting ke arah meningkatkan keupayaan negara mencapai self-sufficiency dalam pengeluaran produk berasaskan plasma. Usaha ini turut memberi kesan dari sudut keselamatan negara (national security)โ€, katanya sewaktu merasmikan sambutan Hari Penderma Darah Sedunia di PDN pagi tadi.

Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2026 diraikan dengan tema "Setitis Darah, Demi Kemanusiaan; Derma Darah, Selamatkan Nyawa" (One Drop of Humanity. Give Blood. Save Lives) sebagai pengiktirafan kepada wira-wira tidak didendang yang sentiasa tampil menderma darah secara konsisten demi menyelamatkan nyawa pesakit.

Pusat Darah Negara ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis sambutan Hari Penderma Darah Sedunia peringkat Pusat Darah Negara tahun 2026 pada hari ini.

๐—๐—ผ๐—บ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ, ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฏ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต!

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para penerima anugerah penghargaan pada Majlis Apresiasi Hari Penderma Darah Sedunia...
08/08/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para penerima anugerah penghargaan pada Majlis Apresiasi Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Pusat Darah Negara Negara pada tahun ini.

Anugerah penghargaan ini telah disampaikan oleh YBhg. Datoโ€™ Dr. Mohd Azman bin Yacob, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Dr. Nor Nazahah Mahmud, Pengarah Pusat Darah Negara dan Dr. Suriana Aishah Zainal, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkembangan Perubatan KKM.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas sumbangan, komitmen dan sokongan yang telah diberikan dalam membantu memastikan kelestarian bekalan darah negara.

Semoga penghargaan yang diberikan ini dapat menjadi inspirasi kepada orang ramai untuk mengambil langkah pertama menjadi seorang Adiwira Darah.

Ayuh, mari kita bersama-sama membudayakan pendermaan darah.


SAMBUTAN HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA 2026 PERINGKAT PUSAT DARAH NEGARA
08/08/2026

SAMBUTAN HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA 2026 PERINGKAT PUSAT DARAH NEGARA


Terima kasih diucapkan kepada Datuk Dr. Alzamani Mohammad Idrose, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Kuala Lum...
08/08/2026

Terima kasih diucapkan kepada Datuk Dr. Alzamani Mohammad Idrose, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Kuala Lumpur, atas kesudian meluangkan masa untuk menderma darah di Pusat Darah Negara. Dalam kesibukan merawat pesakit-pesakit di hospital, beliau masih sempat menjalankan tanggungjawab sosial dengan menjadi Adiwira Darah hari ini.

Semoga amalan murni ini menjadi inspirasi kepada masyarakat khususnya petugas KKM yang lain untuk bersama-sama membudayakan amalan pendermaan darah. Setiap titisan darah yang disumbangkan berpotensi menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan.


Address

Thongwa

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30
Saturday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 16:00

Telephone

+60326132688

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia:

Shortcuts

Share