Unit Kaunseling BHEPA USM

Directions Website Contact the practice

Unit Kaunseling BHEPA USM Profil rasmi Unit Kaunseling BHEPA USM

28/10/2026

WORLD MENTAL HEALTH DAY
BOOTCAMP: PSYCHOSOCIAL SUPPORT FOR PEERS
10 OKTOBER 2026

✨ SIRI KASIH BHEPA 2026 KEMBALI LAGI! ✨Bantu Diri untuk Bantu Orang LainPernah terfikir bagaimana kita boleh membantu or...
28/10/2026

✨ SIRI KASIH BHEPA 2026 KEMBALI LAGI! ✨

Bantu Diri untuk Bantu Orang Lain

Pernah terfikir bagaimana kita boleh membantu orang lain yang sedang berdepan dengan cabaran emosi? 💭

Jom sertai Siri Kaunselor Siswa Harmoni (SIRI KASIH) BHEPA 2026 untuk menambah ilmu, meningkatkan kesedaran dan memperkukuh kemahiran dalam membantu orang lain.

🎙️ Bersama Encik Mohd Norzulhairie bin Othman (Ketua Pegawai Psikologi)

📅 Tarikh: 29 Oktober 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 8.30 malam – 9.30 malam

📍 Siaran Langsung di Platform Berikut:
🔵 Webex Live: https://bit.ly/SIRIKASIHBHEPA2026_EnZul
📘 Facebook Live: Unit Kaunseling BHEPA USM

✅ MyCSD disediakan kepada para pelajar.

💜 Ingat, membantu orang lain bermula dengan memahami diri sendiri. Bersama-sama kita membina komuniti kampus yang lebih prihatin, harmoni dan saling menyokong!

📞 Sebarang pertanyaan, hubungi: 04-6535836

Jom sertai kami!

SEGMEN CELOTEH BERSAMA KAUNSELOR PELATIH – SIRI 16 "Overachiever atau Overpressure?"  Pernah tak anda rasa perlu sentias...
26/10/2026

SEGMEN CELOTEH BERSAMA KAUNSELOR PELATIH – SIRI 16 "Overachiever atau Overpressure?"

Pernah tak anda rasa perlu sentiasa cemerlang dalam akademik, aktif dalam program dan pada masa yang sama memenuhi pelbagai harapan daripada diri sendiri serta orang sekeliling? ✨📚

Dalam usaha mengejar kecemerlangan, ramai mahasiswa berusaha keras untuk menjadi yang terbaik. Namun, tanpa disedari, tekanan yang berterusan boleh menyebabkan keletihan emosi, kehilangan motivasi, malah burnout. Persoalannya, adakah kita sedang menjadi seorang overachiever, atau sebenarnya sedang berhadapan dengan overpressure? 🤔

Justeru, ayuh sertai perbincangan santai tetapi bermakna dalam Segmen Celoteh kali ini yang membawakan topik:

🎙️ "Overachiever atau Overpressure?"
"Bila kejayaan menjadi tuntutan, bukan lagi pilihan."

🎤 Moderator:
Fatin Nabilah Raemie (Kaunselor Pelatih)

🎙️ Panel Jemputan:

Panel 1:
Aida Nabila Muhammad Sabri (Kaunselor Pelatih)

Panel 2:
Nurul Aida Batrisya Hussin (Kaunselor Pelatih)

📅 Khamis | 29 Oktober 2026
🕒 8.30 PM
📍 Facebook Live Unit Kaunseling BHEPA USM

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama membincangkan isu yang dekat dengan kehidupan mahasiswa masa kini. Mungkin anda bukan malas atau kurang berusaha, tetapi sebenarnya sedang memikul tekanan yang terlalu berat. 🌱

👋 Jumpa anda di sana! Mari kita sembang, berkongsi pandangan dan memahami bahawa berehat juga sebahagian daripada kejayaan. 💙

✨ JOM HADIR & MERIAHKAN MALAM PENUH KEBERKATAN ! ✨اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ🌙*USM BERSELAWAT: TERAPI KAU...
15/10/2026

✨ JOM HADIR & MERIAHKAN MALAM PENUH KEBERKATAN ! ✨

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

🌙*USM BERSELAWAT: TERAPI KAUNSELING MELALUI MUZIK*
🎙️ Bicara Siswa : Mahasiswa Berjiwa Rabbani

Saksikan Bicara Siswa bersama Ustaz Dr. Ashraff Amirul, Pegawai Perubatan & Pendakwah yang bakal mengupas perkongsian penuh inspirasi buat mahasiswa 🤍

🎶 Turut memeriahkan majlis, Kumpulan Qasidah Fattabiouni bersama Ustaz Sharofi dan Saudara Gus Husaini dengan alunan qasidah yang mendamaikan serta menyentuh jiwa ✨

📅 16 Oktober 2026 (Jumaat)
⏰ 9.00 malam
📍 Perkarangan Masjid Al-Malik Khalid, USM Pulau Pinang

📝 Daftar penyertaan di sini:
🔗 https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSePIxiKPzOfAEKzLp2QzIgSVJ9WU2FPoDv1cDY2MRo_72myKw/viewform

Maklumat lanjut hubungi:
0124870980 - *Ustaz Nawawi*
0134371012 - *Ustazah Iman*

🌿 Selawat dilantunkan, ilmu dikongsikan, hati ditenangkan.

Jom hadir beramai-ramai 🤲🏻💙



🎙️ PODCAST TTS@UK EPISOD 9 DI SEBALIK KEBEBASAN: IDENTITI SEKSUAL, APA HARGA YANG PERLU DIBAYAR?Unit Kaunseling, Bahagia...
13/10/2026

🎙️ PODCAST TTS@UK EPISOD 9 DI SEBALIK KEBEBASAN: IDENTITI SEKSUAL, APA HARGA YANG PERLU DIBAYAR?

Unit Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA), Universiti Sains Malaysia (USM) kembali membawakan Podcast TTS@UK dengan mengetengahkan perbincangan kritis tentang identiti seksual, kebebasan individu serta implikasi terhadap kesejahteraan diri dan kehidupan bermasyarakat.

Menerusi episod ini, para panel jemputan akan mengupas isu identiti seksual daripada perspektif kesihatan komuniti dan psikologi, termasuk cabaran yang dihadapi, kesan terhadap kesejahteraan diri serta persoalan tentang pilihan, tanggungjawab dan realiti di sebalik kebebasan yang sering dibincangkan dalam masyarakat hari ini.

👤 Panel Jemputan:
Encik Aqil Irfan Amiriza
Petugas Kesihatan Komuniti, AARG USM

Encik Ahmad Anwar Omar
Ketua Pegawai Psikologi, USM

🎙️ Moderator:
Encik Mohammad Zafran Mohd Rafa’ai
Pegawai Psikologi, USM

📅 Tarikh: Rabu, 14 Oktober 2026
🕣 Masa: 8.30 malam
📍 Platform: Facebook Live & TikTok Unit Kaunseling BHEPA USM

Program ini merupakan sebahagian daripada pengisian Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan 2026 Peringkat USM, bertujuan membuka ruang perbincangan yang berinformasi, kritis dan profesional dalam memahami isu semasa yang berkaitan dengan kesejahteraan psikologi dan kehidupan mahasiswa.

📲 Jangan lepaskan peluang untuk menyertai perbincangan ini! Saksikan Podcast TTS@UK Episod 9 secara langsung di Facebook dan TikTok Unit Kaunseling BHEPA USM. Sama-sama kita mendengar, memahami dan menilai isu ini dengan ilmu serta perspektif yang lebih luas.

🎬 MOVIE NIGHT SEMPENA WORLD MENTAL HEALTH DAY 2026 🎬Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Unit Kaunseling BHEPA USM menjem...
06/10/2026

🎬 MOVIE NIGHT SEMPENA WORLD MENTAL HEALTH DAY 2026 🎬

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Unit Kaunseling BHEPA USM menjemput seluruh warga pelajar USM untuk menyertai program Movie Night Sempena World Mental Health Day 2026 yang akan menampilkan tayangan filem STRAW (2025).

🌟 Luangkan masa bersama rakan-rakan sambil menghayati mesej yang menyentuh aspek kesejahteraan emosi, daya tahan diri dan kesihatan mental.

📅 Tarikh: 9 Oktober 2026 (Jumaat)
🕣 Masa: 8.30 malam
📍 Tempat: Dewan Pembangunan Siswa (DPS) 1, Kompleks Cahaya Siswa, USM

🎟️ Penyertaan: Percuma
👥 Pendaftaran terhad kepada 250 orang pelajar sahaja
🍪 Makanan ringan disediakan
💳 Mata MyCSD disediakan
🔗 Pautan Pendaftaran: https://forms.gle/BU63pWiorjpw7sZs7

⚠️ Pendaftaran adalah terhad kepada 250 orang peserta sahaja. Tempat adalah berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat. Oleh itu, pelajar yang berminat disarankan untuk mendaftar dengan segera bagi mengelakkan kekecewaan.

✨ Kesihatan Mental Juga Penting ✨

Anjuran:
Unit Kaunseling BHEPA USM Sempena Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat USM 2026

🏃‍♀️ UK FIT & WELLNESS 2.0 | FUN WALK 5KM📢 PENYERTAAN TELAH DITUTUPAssalamualaikum dan salam sejahtera.Terima kasih atas...
06/10/2026

🏃‍♀️ UK FIT & WELLNESS 2.0 | FUN WALK 5KM

📢 PENYERTAAN TELAH DITUTUP

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih atas sambutan yang sangat menggalakkan terhadap UK FIT & WELLNESS 2.0 – FUN WALK 5KM sempena Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan 2026.

Untuk makluman, pendaftaran penyertaan kini telah DITUTUP berikutan jumlah peserta yang telah mencapai kapasiti yang ditetapkan.

Sehubungan itu, pihak urus setia tidak lagi menerima sebarang pendaftaran atau pembayaran baharu bagi penyertaan program ini.

📅 31 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 7.30 pagi
📍 Kompleks Cahaya Siswa, USM

Kami memohon kerjasama semua agar tidak membuat sebarang pembayaran selepas hebahan penutupan ini.

Terima kasih atas sambutan dan sokongan yang diberikan kepada UK FIT & WELLNESS 2.0. Jumpa anda pada 31 Oktober 2026! 💙💚

Unit Kaunseling
Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (BHEPA)
Universiti Sains Malaysia

🌿 SELAMAT DATANG KAUNSELOR PELATIH KE UNIT KAUNSELING BHEPA USM 🌿Unit Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar...
05/10/2026

🌿 SELAMAT DATANG KAUNSELOR PELATIH KE UNIT KAUNSELING BHEPA USM 🌿

Unit Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), Universiti Sains Malaysia (USM) mengalu-alukan kehadiran tiga orang Kaunselor Pelatih daripada Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang akan menjalani latihan praktikal di Unit Kaunseling BHEPA.

✨ Fatin Nabilah binti Raemie
✨ Nurul Aida Batrisya binti Hussin
✨ Aida Nabila binti Muhammad Sabri

Ketiga-tiga kaunselor pelatih merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kaunseling (Kepujian), Jabatan Sains Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial, Universiti Sultan Azlan Shah.

Mereka akan menjalani latihan praktikal di Unit Kaunseling BHEPA bermula 5 Oktober 2026 hingga 8 Januari 2027.

Semoga sepanjang tempoh latihan ini, para kaunselor pelatih dapat menimba pengalaman, memperkukuh kemahiran profesional serta memperoleh pengalaman bermakna dalam bidang kaunseling, khususnya dalam konteks pengurusan dan kesejahteraan psikologi pelajar di institusi pengajian tinggi.

Selamat menjalani latihan dan selamat datang ke keluarga Unit Kaunseling BHEPA USM! 🤝🌱

“Bersama Membina Kesejahteraan, Menyokong Perjalanan.”

03/10/2026

Behind the scenes: H-1 Program PEKERTI @ IPTA! 🎬

Hari ni barisan fasilitator berkumpul untuk sesi TOT. Bukan biasa-biasa ya, penuh dengan gelak tawa tapi input tetap mantap daripada barisan jurulatih . Kita polish malam ni, esok kita deliver kaw-kaw! 🧠💪



Address

Universiti Sains
George Town
11700

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Kaunseling BHEPA USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Unit Kaunseling BHEPA USM:

Shortcuts

Share

Category

Nearby clinics