09/10/2026
📸 LAWATAN RASMI JABATAN PEDIATRIK HUMS KE UNIT NEONATAL, HWKKS
Pada 8 Oktober 2026, Jabatan Pediatrik, Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) telah mengadakan lawatan rasmi ke Unit Neonatal, Jabatan Pediatrik, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS).
Lawatan ini disertai oleh Dr Zainab Kassim, Pakar Perunding Pediatrik Jemputan (Neonatologi) dan Prof. Dr. Kew Seih Teck, bersama-sama rombongan warga kerja Jabatan Pediatrik HUMS.
Dalam lawatan ini, rombongan HUMS turut berpeluang bertemu dengan Dr. Shangkaree Rani, Pakar Neonatologi HWKKS, bagi membincangkan potensi kerjasama antara Unit Neonatologi HUMS dan HWKKS. Perbincangan ini bertujuan memperkukuh hubungan profesional, menggalakkan perkongsian ilmu dan pengalaman, serta meneroka peluang kolaborasi dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dan penjagaan bayi baru lahir.
Lawatan ini menjadi platform yang bermakna untuk mempererat hubungan antara kedua-dua institusi serta memperkukuh komitmen bersama dalam menyediakan penjagaan neonatal yang berkualiti, selamat dan berkesan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Jabatan Pediatrik dan Unit Neonatal HWKKS atas sambutan mesra serta kerjasama yang diberikan.
💙 Bersama memperkukuh kerjasama, memajukan penjagaan neonatal dan memberikan permulaan kehidupan yang lebih baik untuk setiap bayi.