Hospital UMS

Directions Website Contact the practice

Hospital UMS Bringing World-Class Care Closer to Home: HUMS – Your Partner in Health, Education, and Community.

COMMUNICATE WITH CARE: MEMBUDAYAKAN KOMUNIKASI KORPORAT, MEMPERKASA HORMAT-MENGHORMATI DAN PRESTASI KERJA BERKALIBERKOTA...
30/10/2026

COMMUNICATE WITH CARE: MEMBUDAYAKAN KOMUNIKASI KORPORAT, MEMPERKASA HORMAT-MENGHORMATI DAN PRESTASI KERJA BERKALIBER

KOTA KINABALU, 30 OKTOBER 2026 – Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) terus memperkukuh komitmen terhadap pembentukan budaya kerja profesional dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan menerusi penganjuran Kursus Pemantapan Komunikasi Korporat dan Budaya Kerja Cemerlang yang berlangsung pada 27 hingga 28 Oktober 2026 bertempat di Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS).

Bertemakan “COMMUNICATE WITH CARE: Membudayakan Komunikasi Korporat, Hormat-Menghormati dan Prestasi Kerja Berkaliber”, Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran komunikasi profesional dalam kalangan warga kerja, selain memupuk budaya saling menghormati, empati dan kerjasama berpasukan dalam persekitaran organisasi.

Kursus tersebut dikendalikan oleh Kapten Bersekutu (PA) Ag. Nasip Yonos, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, HUMS, dengan memberikan penekanan terhadap enam aspek utama, iaitu etika dan profesionalisme komunikasi korporat, budaya saling menghormati dan kecerdasan emosi, kerjasama rentas jabatan, pengurusan konflik, profesionalisme komunikasi digital serta pembentukan budaya kerja berkualiti.

Pendekatan latihan yang digunakan turut memberi penekanan kepada aktiviti praktikal dan interaktif melalui simulasi situasi sebenar di hospital, permainan berasaskan pembelajaran (gamification), perbincangan berkumpulan serta aktiviti penyelesaian masalah. Pendekatan ini bertujuan membantu peserta memahami kepentingan komunikasi berkesan dan mengaplikasikannya secara langsung dalam pelaksanaan tugas harian.

Antara aspek yang diberikan perhatian termasuklah keupayaan menyampaikan maklumat secara jelas dan berhemah, mengurus aduan serta situasi mencabar, mengawal emosi ketika berkomunikasi dan mengekalkan profesionalisme dalam urusan rasmi, termasuk melalui e-mel, surat-menyurat serta aplikasi komunikasi digital.

Selain itu, penekanan turut diberikan kepada kepentingan kerjasama antara jabatan dan unit bagi memastikan kelancaran aliran kerja serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni, inklusif dan produktif. Penganjuran kursus ini diharapkan dapat menyemai kesedaran bahawa komunikasi berkualiti merupakan elemen penting dalam membina kepercayaan, memperkukuh hubungan sesama warga kerja dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada pesakit serta pelanggan HUMS.


KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN HOSPITAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (HUMS) KE PEJABAT KETUA SETIAUSAHA KPTPUTRAJAYA, 23 Oktob...
26/10/2026

KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN HOSPITAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (HUMS) KE PEJABAT KETUA SETIAUSAHA KPT

PUTRAJAYA, 23 Oktober 2026 – Barisan pengurusan tertinggi Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) telah mengadakan satu sesi kunjungan hormat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim bertempat di Pejabat Ketua Setiausaha KPT, Aras 17, Menara 2, Presint 5, Putrajaya.

Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan sebagai sesi suai kenal dan pengenalan rasmi barisan kepimpinan pengurusan HUMS. Di samping itu, pertemuan ini turut menjadi platform strategik untuk menyampaikan taklimat ringkas serta berkongsi maklumat penting mengenai status perkembangan terkini projek pembangunan fizikal dan perancangan pengoperasian Hospital Universiti Malaysia Sabah.

Delegasi HUMS diketuai oleh Profesor Madya Dr. Hjh Malehah Datuk Mohd Noh, Pengarah HUMS. Turut serta dalam rombongan kunjungan hormat tersebut ialah Dr. Abdul Jabbar bin Ismail, Timbalan Pengarah (Klinikal), Encik Samsuidin bin Nurdin, Timbalan Pengarah (Pengurusan & Operasi), Puan Saima binti Ismail, Timbalan Pengarah (Kewangan) dan Encik Ag. Nasip Yonos, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat.

Pertemuan ini memperkukuh jalinan kerjasama dan penyelarasan berterusan antara pihak HUMS dan kementerian dalam memastikan kelancaran agenda pengoperasian hospital pengajar universiti berkenaan demi manfaat sistem pendidikan perubatan dan perkhidmatan kesihatan rakyat.

Sesi kunjungan berkenaan diakhiri dengan acara penyerahan cenderamata kenang-kenangan daripada Pengarah HUMS kepada Ketua Setiausaha KPT serta sesi fotografi bersama barisan delegasi


Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dabra Sia Ying Ying, Jururawat U6 HUMS atas kejayaan meraih Juara Pertandingan ...
26/10/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dabra Sia Ying Ying, Jururawat U6 HUMS atas kejayaan meraih Juara Pertandingan Borneo Rising 2026 anjuran Astro Malaysia.


KURSUS ADVANCED LIFE SUPPORT (ALS)Alhamdulillah, pada 15–16 Oktober 2026, Jabatan Anaesthesiology & Intensive Care Unit ...
21/10/2026

KURSUS ADVANCED LIFE SUPPORT (ALS)

Alhamdulillah, pada 15–16 Oktober 2026, Jabatan Anaesthesiology & Intensive Care Unit (AIC) bersama Jawatankuasa Latihan Resusitasi HUMS telah berjaya menganjurkan Kursus Pemantapan Kemahiran ALS yang melibatkan seramai 22 peserta dari Jabatan AIC.

Kursus ini merangkumi sesi teori bersama pakar dan pegawai perubatan, diikuti penilaian kompetensi dalam pengurusan kes kecemasan. Tahniah kepada para peserta kerana telah lulus dengan pencapaian yang membanggakan.

Kursus ini penting bagi memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan keyakinan kakitangan dalam memberikan respons yang pantas dan berkesan terhadap kecemasan, khususnya cardiac arrest, demi meningkatkan keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan HUMS.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penceramah Prof.Lily Ng Mooi Hang, Prof rajesh Kumar, Dr.Constance, Dr. Teah Kai Ming, Dr. Ikhwan Nasir, dan Dr. Elman sebagai pegawai penilai dan AJK atas komitmen serta usaha menjayakan kursus ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dikongsikan dan dipraktikkan dalam tugasan harian.

Tahniah dan syabas kepada semua!

Together we learn, together we improve, together we save lives.



LAWATAN PENYELIAAN PENGURUSAN HUMS KE KLINIK RAWATAN WARGA FAKULTI PERTANIAN LESTARI, SANDAKAN.Lawatan Penyeliaan Pengur...
21/10/2026

LAWATAN PENYELIAAN PENGURUSAN HUMS KE KLINIK RAWATAN WARGA FAKULTI PERTANIAN LESTARI, SANDAKAN.

Lawatan Penyeliaan Pengurusan HUMS oleh Ketua Pusat Kesihatan UMS(PKU) bersama Timbalan Pengarah Pengurusan Operasi dan Timbalan Pengarah Klinikal HUMS ke Klinik Rawatan Warga (KRW) FPL, Sandakan telah diadakan pada 14 hingga 16 Oktober 2026 (3 hari).

Lawatan ini turut disertai oleh wakil daripada Jabatan Farmasi, Bahagian Kewangan, Bahagian Kejuruteraan, Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, serta Unit Promosi PKU.

Tujuan utama lawatan adalah untuk menjalankan pemantauan dan penilaian terhadap pengoperasian, kemudahan, keperluan serta penyampaian perkhidmatan di KRW FPL, Sandakan, di samping mengenal pasti isu-isu dan ruang penambahbaikan.

Pada 16 Oktober 2026, satu mesyuarat bersama pihak Pengurusan Fakulti Pertanian Lestari turut diadakan bagi membincangkan isu-isu berbangkit serta hasil penemuan sepanjang lawatan, termasuk cadangan tindakan susulan dan penambahbaikan bagi memastikan kelancaran pengoperasian klinik.

Diharapkan hasil lawatan ini dapat memperkukuh kerjasama antara PKU, HUMS dan pihak Pengurusan FPL dalam usaha meningkatkan mutu serta kecekapan penyampaian perkhidmatan kesihatan di Klinik Rawatan Warga FPL, Sandakan.


PROGRAM “CARE TO WOW” HOSPITAL UMSProgram CARE TO WOW: Memperkasa Komunikasi, Pengalaman & Pengurusan Pelanggan di Hospi...
21/10/2026

PROGRAM “CARE TO WOW” HOSPITAL UMS

Program CARE TO WOW: Memperkasa Komunikasi, Pengalaman & Pengurusan Pelanggan di Hospital UMS, anjuran bersama Unit Latihan Hospital UMS dan Sektor Operasi Terimaan Hospital UMS, telah berjaya dilaksanakan pada 19 Oktober 2026 (Isnin) bertempat di Auditorium, Pusat Pengajian Pascasiswazah, UMS, dengan penyertaan seramai 45 orang peserta.

Program ini merangkumi tiga sesi perkongsian ilmu:

🔹 Sesi 1: KNOW YOUR CUSTOMER – Kenali Pelanggan Kita
Puan Sarimah Binti Yamin, Ketua Sektor Operasi Terimaan, Hospital Universiti Malaysia Sabah.

🔹 Sesi 2: CARE TO WOW – Transformasi Pengalaman Pelanggan
Puan Zuraini Binti Hamdin, Timbalan Pengarah (Kualiti Perkhidmatan), Pusat Jaminan Kualiti.

🔹 Sesi 3: BEYOND APPEARANCE – Professional Presence
Puan Carrie Grace Jaymess, Pegawai Psikologi Kanan (S10), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, UMS.

Program ini bertujuan memperkukuh kemahiran komunikasi, meningkatkan profesionalisme serta memantapkan pengurusan pengalaman pelanggan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penceramah, peserta dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

CARE TO WOW – Bersama membina pengalaman pelanggan yang lebih baik.

Teks disediakan oleh : Unit Latihan, Hospital UMS


KURSUS KESELAMATAN DAN PENGENDALIAN FORMALIN DI TEMPAT KERJAJabatan Patologi HUMS dengan kerjasama Unit Latihan Hospital...
21/10/2026

KURSUS KESELAMATAN DAN PENGENDALIAN FORMALIN DI TEMPAT KERJA

Jabatan Patologi HUMS dengan kerjasama Unit Latihan Hospital UMS dan Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP), telah berjaya menganjurkan kursus tersebut pada 20 Oktober 2026 (Selasa), bertempat di War Room, Hospital UMS, dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kakitangan mengenai bahan kimia formalin serta langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi dalam pengendalian bahan kimia tersebut di tempat kerja.

Melalui sesi perkongsian ilmu dan latihan praktikal, peserta berpeluang memperkukuh pemahaman mengenai amalan kerja yang selamat, penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE), serta tindakan yang betul dalam menangani insiden tumpahan formalin. Pengetahuan ini amat penting bagi mengurangkan risiko pendedahan kepada bahan kimia berbahaya, melindungi kesihatan dan keselamatan kakitangan, serta memastikan persekitaran kerja yang lebih selamat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Saihpudin @ Sahipudin bin Saupin atas kesudian berkongsi ilmu, kepakaran dan pengalaman dalam menjayakan kursus ini.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini!


Setinggi-tinggi Tahniah atas pelantikan sebagai Pakar Perunding Kanan Hospital Universiti Malaysia Sabah.
21/10/2026

Setinggi-tinggi Tahniah atas pelantikan sebagai Pakar Perunding Kanan Hospital Universiti Malaysia Sabah.


Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua kakitangan HUMS yang telah berjaya menerima Kenaikan Pangkat S...
19/10/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua kakitangan HUMS yang telah berjaya menerima Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK).

Pengiktirafan ini adalah bukti nyata atas dedikasi, komitmen dan perkhidmatan cemerlang yang telah dicurahkan oleh tuan/puan sepanjang perkhidmatan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus memacu kecemerlangan organisasi. Tahniah dan selamat maju jaya !


HUMS DAN 99 SPEEDMART TEROKAI KERJASAMA STRATEGIK CSR DEMI KEBAJIKAN PESAKIT DAN KOMUNITIKOTA KINABALU, 12 Oktober 2026 ...
16/10/2026

HUMS DAN 99 SPEEDMART TEROKAI KERJASAMA STRATEGIK CSR DEMI KEBAJIKAN PESAKIT DAN KOMUNITI

KOTA KINABALU, 12 Oktober 2026 – Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) hari ini menerima kunjungan hormat daripada pengurusan syarikat rangkaian pasar mini terkemuka 99 Speedmart bertempat di Pejabat Pengarah HUMS. Pertemuan ini bertujuan meneroka peluang jalinan kerjasama strategik dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) serta inisiatif kebajikan masyarakat.

Kunjungan hormat ini dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Hjh. Maleha binti Datuk Mohd Noh, Pengarah HUMS bersama En. Samsuidin Nurdin, Timbalan Pengarah (Pengurusan & Operasi), Pn. Nurhanis Afiqah Kassim (Ketua BDU), Pn. Doreen Edward (Ketua Unit Kerja Sosial), En. Mohd Alwi Osman dan En. Kusnadi Nurdin sebagai urusetia. Manakala 99 Speedmart diwakili oleh En. Foo Meng Keet (Pengurus Besar), En. Lee Sze Wei (Branch Operation Manager) dan Cik Nurhafizah binti Haddin (Human Resource Executive).

Perbincangan tersebut memfokuskan kepada usaha membantu golongan pesakit yang kurang berkemampuan, khususnya melibatkan pesakit dialisis yang memerlukan sokongan kos rawatan berlanjutan, bantuan pengangkutan, ubat-ubatan serta bekalan makanan harian. Sebagai langkah permulaan, pihak 99 Speedmart menyatakan hasrat positif untuk meneliti bentuk sumbangan CSR bernilai sekitar RM50,000.00 bagi menyokong agenda kebajikan ini.
Antara cadangan program berimpak tinggi yang bakal diperincikan oleh kedua-dua pihak termasuklah:

• Inisiatif Food Bank & Bantuan Kebajikan: Penyaluran barangan keperluan asas kepada pesakit dan keluarga berpendapatan rendah.
• Kempen Kesihatan & Komuniti: Penganjuran saringan kesihatan buat kakitangan 99 Speedmart, kempen derma darah serta program jangkauan pendidikan kesihatan buat kanak-kanak berkeperluan khas.
• Peluang Pekerjaan & Sokongan Kerjaya: Mewujudkan peluang integrasi pekerjaan di bawah dasar 99 Speedmart bagi membantu individu terpilih menyertai alam pekerjaan.
• Pembangunan Bakat Pelajar UMS: Menawarkan ruang latihan industri serta pembangunan kemahiran dan pengurusan bagi mahasiswa Universiti Malaysia Sabah.

Kunjungan hormat ini diakhiri dengan upacara penyerahan cenderamata tanda penghargaan serta sesi lawatan disekitar bangunan HUMS bagi memberikan gambaran jelas mengenai operasi perkhidmatan dan kekangan sebenar yang dihadapi oleh golongan pesakit.

Pihak HUMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan pihak 99 Speedmart. Rangka kerja dan mekanisme pelaksanaan komprehensif bagi setiap cadangan program akan diperhalusi bersama oleh kedua-dua pihak dalam masa terdekat demi memastikan impak bantuan yang mampan dan berterusan dapat disalurkan secara bersasar kepada komuniti setempat.


Address

Jalan UMS
Kota Kinabalu
88400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital UMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital UMS:

Shortcuts

Share