29/10/2026
Anda fikir selepas usia remaja, kulit akan semakin kurang berminyak dan jerawat akan hilang sendiri? 🤔
Tidak semestinya!
Kelenjar minyak atau kelenjar sebum tidak terus menjadi tidak aktif selepas kita melepasi usia remaja. Bagi sesetengah orang, pengeluaran minyak masih tinggi walaupun sudah dewasa.
Pengeluaran minyak boleh berubah apabila usia meningkat, tetapi perubahan ini berbeza bagi setiap individu.
Minyak berlebihan yang bercampur dengan sel kulit mati boleh menyumbat liang pori. Sebab itulah masalah jerawat masih boleh berulang walaupun zaman remaja sudah lama berlalu.
Apabila semakin dewasa, penggunaan alat solek juga mungkin semakin kerap. Sesetengah produk boleh menyumbat liang pori dan memburukkan masalah jerawat.
Ada satu lagi perkara yang ramai tidak tahu: minyak berlebihan turut memainkan peranan dalam proses pembentukan jerawat dan keradangan.
Keradangan yang berpanjangan boleh merosakkan tisu kulit dan menyebabkan parut. Liang pori yang kelihatan besar p**a tidak semestinya merupakan parut jerawat.
Selagi faktor penyebabnya belum dikawal, jerawat boleh terus muncul—sekejap di sini, sekejap di sana.
Ada pesakit yang sudah berusia 40-an tetapi masih mengalami jerawat nodul atau sista yang dalam dan menyakitkan.
Walaupun bilangannya mungkin tidak sebanyak ketika muda, tiga hingga lima biji jerawat yang berulang pun sudah cukup mengganggu!
Bagaimana p**a dengan rawatan? 💊
Bagi jerawat yang teruk, berisiko meninggalkan parut atau tidak memberikan respons terhadap rawatan biasa, doktor boleh mempertimbangkan isotretinoin oral.
Ubat ini membantu mengurangkan aktiviti kelenjar sebum dan pengeluaran minyak, di samping mengawal proses pembentukan jerawat.
Namun, isotretinoin bukan satu-satunya pilihan rawatan. Pemilihan ubat bergantung pada jenis jerawat, tahap keterukan dan keadaan kesihatan setiap individu.
Isotretinoin mesti diambil di bawah pemantauan doktor dan tidak boleh digunakan semasa kehamilan.
Jerawat bukan hanya masalah remaja. Dapatkan penilaian supaya rawatan yang diberikan sesuai dengan keadaan kulit anda.
🏥 Klinik Dr Ko Kuala Kangsar
📞 Hubungi / WhatsApp: 013-334 2952