Hospital Tunku Azizah

Directions Website

Hospital Tunku Azizah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hospital Tunku Azizah, Lot 25, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Hospital Tunku Azizah (HTA) pada asalnya dikenali dengan nama Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur telah beroperasi sepenuhnya menjelang bulan September 2019. Bertujuan untuk menyediakan perawatan komprehensif dan khusus untuk kanak-kanak selaras dengan perkembangan teknologi perubatan yang canggih dan pesat, serta menyediakan perkhidmatan tertiari untuk golongan wanita dengan masalah obstetrik dan ginekologi.

● 600 KATIL
◦ 378 katil bagi perkhidmatan Pediatrik dan baki 222 katil bagi perkhidmatan O&G.

● PUBLIC PRIVATE PARTNERSHIP (PPP)
◦ Projek usahasama Public Private Partnership (PPP) yang pertama untuk KKM yang dibangunkan secara pendekatan Private Finance Initiative (PFI)

● PUSAT RUJUKAN NASIONAL
◦ Bermatlamat menjadi Pusat Rujukan Nasional dan Centre of Excellence bagi kesihatan wanita dan kanak-kanak

● TERTIARY HOSPITAL DENGAN PENGKHUSUSAN
◦ Menggabungkan dua penkhususan di dalam satu bangunan yang dilengkapi perkhidmatan kecemasan, radiologi dan makmal tersendir

🦠 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐊𝐀𝐊𝐈, 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐋𝐔𝐓 (𝐇𝐅𝐌𝐃)Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut atau Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD) ...
04/11/2026

🦠 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐊𝐀𝐊𝐈, 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐋𝐔𝐓 (𝐇𝐅𝐌𝐃)

Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut atau Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD) merupakan penyakit berjangkit yang lazim berlaku dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya yang berumur 5 tahun ke bawah.

HFMD disebabkan oleh jangkitan virus dan boleh merebak melalui sentuhan langsung dengan cecair lepuh, air liur, hingus, najis, titisan pernafasan serta sentuhan dengan permukaan atau objek yang tercemar (contaminated surfaces).

Antara gejala HFMD yang perlu diberi perhatian:
🔹 Demam
🔹 Ulser di tekak dan mulut
🔹 Ruam atau lepuh pada tapak tangan
🔹 Ruam atau lepuh pada tapak kaki
🔹 Kurang selera makan

Langkah pencegahan HFMD:
✅ Kerap cuci tangan dengan sabun.
✅ Elakkan berkongsi peralatan peribadi seperti cawan, sudu dan tuala.
✅ Bersihkan serta nyahkuman permukaan yang sering disentuh.
✅ Elakkan membawa ke tempat awam terutama taska, tadika dan sekolah.

Ibu bapa perlu lebih peka terhadap tanda-tanda HFMD dan memastikan anak mendapat rehat serta penjagaan yang mencukupi. Dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya anak menunjukkan gejala HFMD.

Cegah HFMD, Lindungi Anak Kita ❤️

04/11/2026
💚 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇Hospital Mesra Ibadah (HMI) merupakan inisia...
04/11/2026

💚 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇

Hospital Mesra Ibadah (HMI) merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengintegrasikan aspek penjagaan fizikal, psikologi, mental dan spiritual dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan. Pendekatan ini memastikan keperluan ibadah pesakit turut diberikan perhatian sepanjang menerima rawatan di hospital.

Seiring dengan usaha Hospital Tunku Azizah (HTA) ke arah mendapatkan pensijilan Hospital Mesra Ibadah (HMI), HTA amat berbesar hati menerima sumbangan kelengkapan ibadah menerusi Program Sentuhan Kasih Wakaf MARA MADANI.

💚 Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Puan Nur Azlin binti Ismail, Ketua Unit Wakaf MARA MADANI kepada YBrs. Dr. Shamsul Anuar bin Kamarudin, Pengarah Hospital Tunku Azizah.

Antara kelengkapan yang disumbangkan termasuk troli ibadah, sejadah, telekung, set debu tayamum, kain pelekat, kerusi lipat, seluar bersalin (maternity pant), naskhah Al-Quran, naskhah Yasin serta penunjuk arah kiblat.

Program ini turut diserikan dengan Bicara Wakaf dan Tausiah oleh Sahibus Samahah Tuan Ahmad Fauwaz Ali @ Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan, yang menyampaikan pengisian berkaitan kepentingan wakaf dalam pembangunan kesejahteraan masyarakat.

Sumbangan ini sangat memberi manfaat serta memudahkan urusan ibadah pesakit dan waris sepanjang berada di HTA. Semoga usaha ini turut menyemarakkan budaya Hospital Mesra Ibadah melalui penyediaan kemudahan serta keprihatinan dan layanan warga kerja terhadap keperluan spiritual pesakit.

🤝 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak MARA atas sumbangan serta keprihatinan dalam menyokong usaha HTA ke arah merealisasikan Hospital Mesra Ibadah.

𝐒𝐋𝐎𝐓 𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐔𝐒𝐈𝐀𝐇 🌿Assalamualaikum dan salam sejahtera.Jom bersama-sama kita mengimarahkan Slot Bicara Wakaf...
02/11/2026

𝐒𝐋𝐎𝐓 𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐔𝐒𝐈𝐀𝐇 🌿

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jom bersama-sama kita mengimarahkan Slot Bicara Wakaf dan Tausiah yang akan disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Tuan Ahmad Fauwaz bin Ali @ Fadzil.

Program ini merupakan salah satu pengisian bersempena Program Sentuhan Kasih Wakaf MARA MADANI – Hospital Mesra Ibadah (HMI), Hospital Tunku Azizah.

Butiran program:
📅 Tarikh: 3 November 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 10.00 pagi
📍 Tempat: Lobi Utama, Hospital Tunku Azizah

Semoga perkongsian ilmu dan tausiah ini dapat menyemarakkan lagi penghayatan terhadap amalan wakaf serta membudayakan nilai-nilai Islam dalam kehidupan dan perkhidmatan seharian.✨






𝑲𝑼𝑨𝑳𝑨 𝑳𝑼𝑴𝑷𝑼𝑹 𝑹𝑬𝑺𝑬𝑨𝑹𝑪𝑯 𝑫𝑨𝒀 2026Sebuah program bertajuk Kuala Lumpur Research Day (KLRD) telah diadakan pada 29 Oktober 20...
02/11/2026

𝑲𝑼𝑨𝑳𝑨 𝑳𝑼𝑴𝑷𝑼𝑹 𝑹𝑬𝑺𝑬𝑨𝑹𝑪𝑯 𝑫𝑨𝒀 2026

Sebuah program bertajuk Kuala Lumpur Research Day (KLRD) telah diadakan pada 29 Oktober 2026, bertempat di Muzium Negara, Kuala Lumpur. Program ini adalah hasil kolaborasi Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC), Hospital Kuala Lumpur (HKL), bersama CRC Hospital Tunku Azizah (HTA), serta Institut Perubatan Respiratori (IPR), Pusat Darah Negara (PDN), Hospital Orang Asli Gombak (HOAG), dan Badan Kebajikan Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur.

Program tersebut bertujuan memartabatkan budaya penyelidikan dan inovasi di kalangan petugas kesihatan di sekitar Kuala Lumpur melalui perkongsian ilmu rentas disiplin.

KLRD telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Dr Nurain binti Mohd Noor, serta dihadiri oleh tetamu kehormat, termasuk Pengarah HTA, Dr Shamsul Anuar bin Kamarudin.

Sebagai menghargai usaha para penyelidik yang bertungkus-lumus menjalankan penyelidikan klinikal, KLRD telah menyediakan beberapa anugerah penyelidikan. Manakala, pertandingan pembentangan saintifik telah diadakan bagi para petugas kesihatan yang telah menghantar abstrak penyelidikian mereka.

Sehubungan dengan itu, HTA ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pakar-pakar perunding yang telah memperolehi anugerah serta memenangi pertandingan seperti berikut:

1. Anugerah Penerbitan Terbanyak 2025 (Hospital Tunku Azizah) telah diberikan kepada Dr Asiah Kassim, Pakar Perunding Pediatrik dan Pediatrik Respiratori, yang juga Ketua CRC HTA, dengan 5 penerbitan artikel ilmiah sepanjang tahun 2025.
Dr Maria Kamal telah mewakili Dr Asiah Kassim bagi penerimaan anugerah tersebut.

2. Anugerah Penerbitan Berimpak Tinggi 2025 (Penyelidikan: Disiplin Medikal) telah diberikan kepada Dr Leong Kin Fon, Pakar Perunding Pediatrik dan Pediatrik Dermatologi, HTA, melalui penerbitan yang bertajuk “Dermatophytoses Caused by Trichophyton Indotineae: The First Case Reports in Malaysia and the Global Epidemiology (2018-2025)” dalam Journal of Fungi (impact factor 4.3).
Dr Lee Ching Hai telah mewakili Dr Leong Kin Fon bagi penerimaan anugerah tersebut.

3. Tempat Pertama dalam pertandingan pembentangan saintifik bagi Anugerah Kategori Pembentangan Lisan jatuh kepada Dr Mohd Yusran Othman, Pakar Perunding Perubatan Pembedahan Pediatrik, melalui penyelidikan beliau yang bertajuk “The Clinicopathological Spectrum of Paediatric Renal Tumours in Malaysia: Challenging Empirical Western Protocols Through Multidisciplinary Care”.

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh wa...
01/11/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) atas segala jasa, komitmen dan dedikasi yang dicurahkan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.

Peranan PPK amat bermakna dalam memastikan kelancaran perkhidmatan kesihatan, khususnya dalam membantu penjagaan pesakit serta menyokong tugas-tugas anggota kesihatan yang lain.

Setiap usaha, keprihatinan dan pengorbanan anda merupakan sebahagian daripada kekuatan Hospital Tunku Azizah dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti, selamat dan penuh ihsan.

Terima kasih atas segala bakti dan khidmat yang diberikan. Anda wira di sebalik setiap senyuman dan kesembuhan.

🚨 𝐂𝐎𝐃𝐄 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄: 𝐅𝐈𝐑𝐄 𝐃𝐑𝐈𝐋𝐋 𝐍𝐈𝐂𝐔 𝐒𝐈𝐌𝐔𝐋𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐀𝐙𝐈𝐙𝐀𝐇 (𝐇𝐓𝐀) 🚨Hospital Tunku Azizah (HTA) telah melaksanakan Co...
29/10/2026

🚨 𝐂𝐎𝐃𝐄 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄: 𝐅𝐈𝐑𝐄 𝐃𝐑𝐈𝐋𝐋 𝐍𝐈𝐂𝐔 𝐒𝐈𝐌𝐔𝐋𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐀𝐙𝐈𝐙𝐀𝐇 (𝐇𝐓𝐀) 🚨

Hospital Tunku Azizah (HTA) telah melaksanakan Code Orange: Fire Drill NICU Simulation pada 28 Oktober 2026 sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan warga hospital khususnya NICU dalam menghadapi situasi kecemasan melibatkan kebakaran.

Latihan simulasi ini bertujuan untuk menguji keberkesanan prosedur tindak balas kecemasan, memperkukuh koordinasi dan komunikasi antara anggota yang terlibat serta memastikan tindakan keselamatan dapat dilaksanakan dengan pantas, teratur dan berkesan.

Komitmen dan kerjasama semua warga HTA amat penting bagi memastikan keselamatan pesakit, pelawat dan kakitangan sentiasa menjadi keutamaan.

Bersedia, Bertindak Pantas, Utamakan Keselamatan! 🧯🔥

🧠 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐓𝐑𝐎𝐊 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 🧠Strok merupakan keadaan kecemasan perubatan yang berlaku apabila bekalan darah ke otak tergan...
29/10/2026

🧠 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐓𝐑𝐎𝐊 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 🧠

Strok merupakan keadaan kecemasan perubatan yang berlaku apabila bekalan darah ke otak terganggu, sekali gus boleh menjejaskan fungsi otak dan menyebabkan kecacatan kekal jika tidak dirawat dengan segera.

Sempena Hari Strok Sedunia 2026, marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran tentang tanda-tanda awal strok dan kepentingan mendapatkan rawatan segera. Kenali tanda-tanda awal strok dan bertindak segera kerana setiap saat amat berharga. ⏱️

Ingat *F.A.S.T* :
👱‍♂️ F – Face: Wajah menjadi senget.
💪 A – Arm: Lengan menjadi lemah.
🗣️ S – Speech: Pertuturan terganggu atau tidak jelas.
⏰ T – Time: Segera hubungi 999 jika terdapat tanda-tanda strok.

Ingatlah, setiap minit amat berharga apabila berlakunya strok. Tindakan pantas boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi dan menyelamatkan nyawa. Marilah kita bersama-sama menyebarkan kesedaran agar lebih ramai mengenali tanda-tanda strok dan mengetahui tindakan yang perlu diambil.

Kenali tanda, bertindak segera, selamatkan nyawa 💙✨

28/10/2026
💜💛 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐀𝐊𝐍𝐀, 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 🤝27 Oktober 2026 - Hospital Tunku Azizah (HTA) merakamkan setin...
28/10/2026

💜💛 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐀𝐊𝐍𝐀, 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 🤝

27 Oktober 2026 - Hospital Tunku Azizah (HTA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PUSPANITA Kebangsaan atas keprihatinan dan sumbangan yang dihulurkan menerusi Majlis Sentuhan Ihsan PUSPANITA Kebangsaan.

Menerusi majlis ini, PUSPANITA Kebangsaan telah menyalurkan sumbangan berbentuk Peralatan Perubatan untuk dimanfaatkan oleh seluruh pesakit wanita dan kanak-kanak yang menerima rawatan di Hospital Tunku Azizah.

Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Sri Datuk Maheran binti Jamil, Yang Dipertua PUSPANITA, kepada YBrs. Dr. Muhamad Hariz bin Mohd Razaki, Timbalan Pengarah Perubatan (II) yang mewakili Pengarah HTA.

Pihak HTA amat menghargai keprihatinan dan kemurahan hati PUSPANITA Kebangsaan dalam menyokong usaha hospital menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada pesakit, khususnya golongan wanita dan kanak-kanak. Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada para pesakit serta menjadi bukti keprihatinan bersama dalam memperkukuh kesejahteraan masyarakat.

Terima kasih PUSPANITA kerana menyemai kasih, menyantuni insan dan bersama-sama menyokong usaha HTA dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat. 💜💛🌷





Address

Lot 25, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru
Kuala Lumpur
50300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Tunku Azizah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby clinics