08/08/2026
Penyakit radang pelvis atau Pelvic inflammatory disease (PID) adalah satu istilah am untuk keadaan yang merangkumi infeksi dan radang alat kelamin wanita.
Ini termasuk radang rahim, tiub fallopian dan kilang ovari. Kawasan persekitaran alat kelamin juga boleh terkena penyakit ini. Sesetengah jangkitan penyebab PID adalah melalui kontak seksual.
Penyakit radang pelvis boleh terjadi akibat jangkitan oleh bakteria ‘chlamydia trachomatis’ melalui jangkitan kontak seksual. Sesetengah jangkitan ini adalah disebabkan oleh jangkitan semasa hubungan kelamin.
Antara bakteria yang menjadi penyebab adalah Chlamydia trachomatis. Ia boleh memberi radang kepada saluran Fallopian (salpingitis). Ini menyebabkan selaput tiub bengkak dan menyempitkan saluran tersebut.
Embrio yang terhasil dari persenyawaan akan tersumbat di tiub menyebabkan mengandung di luar rahim dan kemandulan.
Kalau rawatan tidak diberi, saluran tuib akan bengkak dan menghasilkan nanah. Nanah ini akan mengotori kawasan sekitar tiub dan ovari menyebabkan permukaan luar tiub melekat dengan organ-organ sekitarnya (seperti pundi air kencing dan usus).
Adalah dianggarkan 2% dari wanita akan mengalami PID tetapi ini mungkin satu anggaran yang kurang tepat kerana kebanyakan wanita tidak mahu mendapatkan rawatan. Penyakit ini juga sukar dikesan kerana ia tidak menunjukkan gejala bagi kebanyakan pesakit.
Mencari tempat rawatan kesihatan keluarga berdekatan?
Jemput datang ke Procare Medical Clinic.
Sekarang kami ada promosi untuk Antenatal Scan, Pakej Implanon & Rawatan Sedut Kahak.
Waktu Operasi : [Buka Setiap Hari]
Isnin-Ahad 8:00 AM – 8:30 PM
Lokasi : 9, Jalan Burung Tiong, Taman Bukit Maluri, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Map : https://maps.app.goo.gl/22gRnqSxB3isJhX86?g_st=iw
Call Kami : 017-336 0466
Whatsapp kami:
https://go.wasap.my/procaremedicalclinic
https://go.wasap.my/procaremedicalclinic
https://go.wasap.my/procaremedicalclinic