28/10/2026
PROGRAM SERI-I: DARI ILMU KE DAPUR, UNTUK ANAK KUDAT TINGGI!
Program SERI-I diteruskan dengan siri kelas yang lebih menarik menerusi Pertandingan Memasak dalam Kalangan Ibu, yang telah berlangsung di tiga lokasi:
📍 10 Oktober 2026 | Klinik Kesihatan Matunggong
📍 24 Oktober 2026 | Pusat Maklumat Pemakanan Kudat
📍 25 Oktober 2026 | Dewan Kg. Maliyu, Pulau Banggi
🍲 Melalui pertandingan ini, para ibu berpeluang mengaplikasikan pengetahuan pemakanan yang telah dipelajari sepanjang siri kelas terdahulu dengan menyediakan hidangan yang bukan sahaja menyelerakan, malah seimbang dan memenuhi keperluan pemakanan anak-anak
Lebih menarik, aktiviti ini turut menjadi platform untuk para ibu berkongsi idea, kreativiti dan resipi yang praktikal, berkhasiat serta mudah disediakan di rumah. 💕
Kami percaya bahawa ilmu pemakanan bukan sekadar untuk dipelajari, tetapi perlu diamalkan dalam kehidupan seharian.
Setiap hidangan yang disediakan satu langkah kecil ke arah
Anda bagaimana? Sudah mula langkah kecil untuk misi Anak Kudat Tinggi?😉
-I