31/07/2026
Program Asrama : "Kelestarian Pokok Kita Kehidupan Kita"
Program ini bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan memelihara alam sekitar melalui aktiviti penanaman dan penjagaan pokok.
Program ini bukan sahaja mewujudkan persekitaran yang hijau, bersih dan nyaman, malah menerapkan nilai tanggungjawab, disiplin serta semangat bekerjasama dalam kalangan penghuni dan kakitangan.
Kelestarian alam yang dipelihara menjadi simbol harapan, pertumbuhan dan perubahan positif, selari dengan usaha pemulihan serta pembentukan kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera.