Hospital Pekan Rasmi

Call Directions

Hospital Pekan Rasmi Hospital Pekan mula beroperasi pada tahun 1936.

MAJLIS PENYERAHAN TOKEN MALAYAN NURSES UNION (MNU) KEPADA AHLI HOSPITAL PEKANMajlis Penyerahan Token Malayan Nurses Unio...
30/10/2026

MAJLIS PENYERAHAN TOKEN MALAYAN NURSES UNION (MNU) KEPADA AHLI HOSPITAL PEKAN

Majlis Penyerahan Token Malayan Nurses Union (MNU) kepada ahli-ahli Hospital Pekan telah berlangsung pada 30 Oktober 2026 (Jumaat) bertempat di Dewan Persidangan, Hospital Pekan.

Penyerahan token ini merupakan salah satu bentuk penghargaan dan tanda ingatan kepada ahli-ahli MNU atas sokongan serta komitmen mereka.

Semoga pemberian ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan terus menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja Hospital Pekan.

Terima kasih dan tahniah kepada semua ahli MNU!

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

KURSUS BASIC LIFE SUPPORT (BLS) SIRI III/2026Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Pekan telah berjaya menganjurkan Kur...
29/10/2026

KURSUS BASIC LIFE SUPPORT (BLS) SIRI III/2026

Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Pekan telah berjaya menganjurkan Kursus Basic Life Support (BLS) Siri III/2026 pada 29 Oktober 2026 yang disertai oleh kakitangan Hospital Pekan dan Dental Pekan.

Kursus ini bertujuan memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam pengendalian kecemasan serta pelaksanaan resusitasi kardiopulmonari (CPR) yang berkesan mengikut garis panduan semasa.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penceramah, fasilitator, urus setia dan peserta yang telah memberikan komitmen serta kerjasama dalam menjayakan kursus ini.

“Together We Save Lives”

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi





Operation Theatre Nursing Update Course - Peringkat Pahang Timur28 Oktober 2026Kursus ini bukan sekadar perkongsian ilmu...
28/10/2026

Operation Theatre Nursing Update Course - Peringkat Pahang Timur

28 Oktober 2026

Kursus ini bukan sekadar perkongsian ilmu teknikal. Ia satu peringatan bahawa setiap saat di dalam bilik pembedahan adalah soal keselamatan pesakit. Dan keselamatan itu dibina oleh pasukan yang terlatih, peka dan saling mempercayai antara satu sama lain.

Melalui pendedahan amalan terbaik, kemahiran terkini serta komunikasi berkesan dalam pasukan, para peserta dilatih untuk bergerak seiring sebagai satu pasukan, satu piawaian dan satu matlamat.

“Together for Safe Surgery and Quality Care” — bersama menjamin pembedahan selamat dan penjagaan berkualiti. Ilmu yang dikongsi hari ini akan terasa kesannya di meja pembedahan esok.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi





27/10/2026
AUDIT PENSIJILAN HOSPITAL BEBAS KESAKITAN (PAIN FREE HOSPITAL) HOSPITAL PEKAN TAHUN 202626–27 Oktober 2026Hospital Pekan...
27/10/2026

AUDIT PENSIJILAN HOSPITAL BEBAS KESAKITAN (PAIN FREE HOSPITAL) HOSPITAL PEKAN TAHUN 2026

26–27 Oktober 2026

Hospital Pekan telah selesai menjalani Audit Pensijilan Hospital Bebas Kesakitan (Pain Free Hospital) yang dilaksanakan secara maya dan fizikal pada 26 hingga 27 Oktober 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ketua Pasukan Audit serta seluruh ahli pasukan audit atas komitmen, perkongsian kepakaran dan cadangan penambahbaikan yang diberikan sepanjang proses pengauditan.

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga Hospital Pekan atas usaha, komitmen dan kerjasama yang telah diberikan dalam memastikan kelancaran pelaksanaan audit ini.

Semoga segala usaha ini membuahkan hasil yang baik serta menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan dalam pengurusan kesakitan demi kesejahteraan pesakit.

Terima kasih kepada semua yang terlibat!

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi



Perjalanan iFitEr 2026 masuk fasa seterusnya!Hari ini, peserta Program Intervensi Pengurusan Berat Badan iFitEr (I Fit &...
23/10/2026

Perjalanan iFitEr 2026 masuk fasa seterusnya!

Hari ini, peserta Program Intervensi Pengurusan Berat Badan iFitEr (I Fit & Eat Right) Hospital Pekan 2026 berkumpul semula untuk sesi keempat, iaitu Progress Review Minggu 12!

Sesi kali ini dikendalikan oleh pasukan Unit Rehabilitasi (Fisioterapi) sebagai urusetia. Antara aktiviti yang dijalankan:

âś… Ujian kecergasan
âś… Antropometri pusingan kedua
âś… Pelan senaman
âś… Ceramah Fat to Fit

Sesi ini peluang untuk peserta melihat sejauh mana perubahan yang sudah dicapai sejak sesi pertama, sambil mengenal pasti bahagian mana yang masih boleh diperbaiki. Setiap langkah kecil, sama ada ukuran yang berubah, stamina yang meningkat atau tabiat baru yang terbentuk, patut dihargai.

Perubahan tak berlaku dalam sehari. Yang penting, kita terus bergerak dan terus konsisten.

Terima kasih kepada semua peserta yang terus memberi komitmen dan kepada pasukan yang menjayakan sesi ini. Perjalanan 6 bulan ini masih ada beberapa langkah lagi. Jom teruskan sampai ke garisan penamat!

iFitEr 2026 – Fit Together, Eat Right, Live Better!

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

MAJLIS PENYAMPAIAN BAUCAR APRESIASI PAHANG 1ST KEPADA PETUGAS KESIHATAN DAERAH PEKAN22 Oktober 2026 (Khamis)Dewan Banque...
22/10/2026

MAJLIS PENYAMPAIAN BAUCAR APRESIASI PAHANG 1ST KEPADA PETUGAS KESIHATAN DAERAH PEKAN

22 Oktober 2026 (Khamis)
Dewan Banquet, Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja

Majlis Penyampaian Baucar Apresiasi Pahang 1st kepada Petugas Kesihatan Daerah Pekan telah berlangsung pada hari ini sebagai tanda penghargaan atas komitmen, dedikasi dan sumbangan petugas kesihatan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Penghargaan ini mencerminkan pengiktirafan terhadap usaha dan pengorbanan warga kesihatan yang sentiasa komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh petugas kesihatan. Terus berkhidmat dengan penuh dedikasi demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

Salam Sihat dan Selamat Sejahtera warga Hospital Pekan! Hari ini (20 Oktober 2026) telah berlangsung Perhimpunan Bulanan...
20/10/2026

Salam Sihat dan Selamat Sejahtera warga Hospital Pekan!

Hari ini (20 Oktober 2026) telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Edisi Oktober anjuran Jabatan Anest, Daycare & ICU di Dewan Persidangan Hospital Pekan.

Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur atas susunan majlis yang teratur dan bermakna. Semoga maklumat dan arahan yang disampaikan memberi semangat baru untuk kita terus memberikan perkhidmatan yang terbaik!

“Bersama Memacu Kecemerlangan Perkhidmatan"

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi




🏥💚 WAD MULTIDISIPLIN 3A KEMBALI BEROPERASI!Alhamdulillah, proses pemindahan masuk semula ke Wad Multidisiplin 3A Hospita...
16/10/2026

🏥💚 WAD MULTIDISIPLIN 3A KEMBALI BEROPERASI!

Alhamdulillah, proses pemindahan masuk semula ke Wad Multidisiplin 3A Hospital Pekan dilaksanakan selepas kerja-kerja naik taraf wad selesai.

✨ Dengan ruang wad yang telah dinaik taraf, usaha ini diharap dapat membantu mengurangkan masalah kesesakan pesakit, di samping menyediakan persekitaran yang lebih selesa dan kondusif untuk pesakit menerima rawatan.

🤝 Semoga kemudahan yang ditambah baik ini dapat memberikan manfaat kepada pesakit serta melancarkan urusan penjagaan dan rawatan di Hospital Pekan.

đź’š Demi keselesaan pesakit, kami terus berusaha memberikan yang terbaik!

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi




Address

Jalan Batu Balik
Pekan
26600

Telephone

+6094223333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Pekan Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category