APM Farmasi Sdn Bhd

APM Farmasi Sdn Bhd Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from APM Farmasi Sdn Bhd, Pharmaceuticals, No 38-01, Jalan PERSIARAN BAYU DAMAI 2/2, TAMAN BAYU DAMAI, Pengerang.

Kami menyediakan perkhidmatan seperti pemeriksaan gula, berat badan, tekanan darah & kolesterol, bekalan & kaunseling ubat-ubatan, penyewaan katil & alat oksigen, cod & pengeposan bekalan perubatan ke rumah anda

“ADUH ! SAKITNYA BAHAGIAN TAPAK KAKI AKU NI! BANGUN PAGI BILA PIJAK LANTAI RASA SAKIT MENCUCUK SANGAT !” PLANTAR FASCIIT...
18/09/2026

“ADUH ! SAKITNYA BAHAGIAN TAPAK KAKI AKU NI! BANGUN PAGI BILA PIJAK LANTAI RASA SAKIT MENCUCUK SANGAT !”

PLANTAR FASCIITIS. Apa yang perlu anda tahu?

🦶🏻Plantar fasciitis ialah keradangan atau iritasi pada plantar fascia, iaitu tisu tebal di bahagian bawah tapak kaki yang menghubungkan tulang tumit ke jari kaki.

Simptom biasa :
✅ Sakit di bahagian bawah tumit.
✅ Sakit paling kuat ketika langkah pertama waktu bangun tidur.
✅ Sakit selepas duduk lama dan mula berjalan.
✅ Sakit bertambah selepas berdiri atau berjalan lama.
✅ Kadangkala sakit merebak sepanjang tapak kaki.

Punca / faktor risiko :

1. Berdiri atau berjalan lama
-Tekanan berulang pada tapak kaki.

2. Flat feet atau high arch
-Struktur kaki boleh meningkatkan tekanan pada plantar fascia.

3. Aktiviti fizikal meningkat mendadak
-Contohnya mula berlari atau berjalan jauh.

4. Berat badan berlebihan
-Menambahkan beban pada plantar fascia.

Rawatan :
🎈Kurangkan aktiviti yang mencetuskan sakit seperti berdiri lama atau berlari. 🏃🏿‍♂️
🎈Pakai kasut yang mempunyai arch support dan cushioning yang baik. 👞
🎈Lakukan stretching plantar fascia dan otot betis setiap hari. 🏃‍♀️
🎈Ice pack selama 15–20 minit untuk mengurangkan sakit. 🧊
🎈Gunakan “Heel Cup” atau insole jika sesuai. 🥿
🎈Ubat anti-radang / suntikan steroid (atas nasihat doktor) 💊 💉
🎈Jika berterusan, dapatkan pemeriksaan doktor atau fisioterapi. 👩🏻‍⚕️

Bila perlu jumpa doktor?
‼️Jumpa doktor jika sakit berterusan lebih 2–6 minggu, semakin teruk, atau mengganggu berjalan. Dapatkan pemeriksaan segera jika sakit berlaku selepas trauma, terdapat bengkak teruk, kemerahan, demam atau tidak boleh memijak kaki.

💉 MARI DAPATKAN KONSULTASI DAN RAWATAN DARI KLINIK APM SEGERA JIKA ANDA BERGEJALA.

SELAMAT HARI MALAYSIA UNTUK SEMUA!Berikut merupakan waktu operasi klinik dan farmasi kami pada Hari Malaysia, 16 Septemb...
16/09/2026

SELAMAT HARI MALAYSIA UNTUK SEMUA!

Berikut merupakan waktu operasi klinik dan farmasi kami pada Hari Malaysia, 16 September 2026 🇲🇾

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia 🇲🇾Kita mungkin berbeza bahasa, budaya dan cara hidup. Namun di bumi yang sama, kita berkongsi s...
16/09/2026

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia 🇲🇾

Kita mungkin berbeza bahasa, budaya dan cara hidup. Namun di bumi yang sama, kita berkongsi satu harapan — agar Malaysia terus menjadi tempat yang aman untuk anak-anak kita membesar, tempat yang selamat untuk keluarga kita pulang, dan tempat yang memberi ruang untuk setiap insan hidup dengan penuh maruah.

Semoga kita tidak hanya bangga menjadi rakyat Malaysia pada hari ini, tetapi sentiasa memilih untuk saling menghormati, memahami dan menjaga satu sama lain.

Kerana Malaysia bukan sekadar tanah yang kita pijak, tetapi rumah yang kita wariskan kepada generasi akan datang.

Berbeza tetap bersama.
Bersama kita bina Malaysia yang lebih baik. ❤️🇲🇾

Selamat Hari Malaysia 2026

🦟 DENGGI: APA YANG PERLU ANDA TAHU?Denggi ialah jangkitan virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes, terutamany...
09/09/2026

🦟 DENGGI: APA YANG PERLU ANDA TAHU?

Denggi ialah jangkitan virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes, terutamanya Aedes aegypti dan Aedes albopictus. Nyamuk ini biasanya aktif pada waktu siang, terutama pada awal pagi dan lewat petang.

🤒 GEJALA DENGGI

Gejala biasanya termasuk:

🌡️ Demam tinggi secara tiba-tiba
🤕 Sakit kepala yang kuat
👁️ Sakit di belakang mata
💪 Sakit otot, sendi dan tulang
😫 Badan sangat lemah dan letih
🤢 Loya dan muntah
🔴 Ruam pada kulit
🩸 Pendarahan ringan seperti gusi berdarah atau hidung berdarah

⚠️ FASA DENGGI :

1️⃣ Fasa Demam

Biasanya berlangsung sekitar 1-3 hari.

Pesakit mungkin mengalami:

* Demam tinggi
* Sakit kepala
* Sakit badan dan sendi
* Loya atau muntah
* Ruam

2️⃣ Fasa Kritikal ( Hari 3-7)🚨

⚠️ Fasa ini boleh berlaku apabila demam mula turun. Pesakit mungkin menyangka sudah semakin pulih, tetapi keadaan sebenarnya boleh menjadi lebih serius.

Tanda-tanda bahaya:

* Sakit perut yang kuat
* Muntah berterusan
* Muntah darah
* Gusi atau hidung berdarah
* Najis berwarna hitam
* Sangat lemah atau gelisah
* Mengantuk atau keliru
* Tangan dan kaki sejuk
* Kurang kencing
* Sesak nafas

👉 Segera ke hospital jika terdapat tanda-tanda ini.

3️⃣ Fasa Pemulihan

Pesakit mula beransur pulih:

* Selera makan kembali
* Badan semakin bertenaga
* Pengambilan air kencing bertambah
* Bacaan darah mula pulih

💧 RAWATAN DENGGI :

Tiada ubat khusus untuk membunuh virus denggi. Rawatan adalah untuk mengawal simptom dan mencegah komplikasi.

✅ Minum air secukupnya
✅ Rehat secukupnya
✅ Pantau suhu badan
✅ Ambil paracetamol untuk demam atau sakit jika sesuai
✅ Ikut arahan doktor dan lakukan pemeriksaan darah jika diperlukan

❌ Elakkan mengambil ubat seperti aspirin, ibuprofen dan ubat anti-radang tertentu (NSAIDs) tanpa nasihat doktor kerana ia boleh meningkatkan risiko pendarahan.

🛡️ CARA MENCEGAH DENGGI

🦟 Hapuskan tempat pembiakan nyamuk!

✔️ Buang air bertakung
✔️ Tutup bekas penyimpanan air
✔️ Tukar air dalam bekas atau pasu secara berkala
✔️ Bersihkan longkang dan kawasan sekitar rumah
✔️ Gunakan repelan nyamuk
✔️ Pakai pakaian yang menutup badan
✔️ Pastikan rumah dan kawasan persekitaran bebas daripada pembiakan Aedes

🚨 BILA PERLU BERJUMPA DOKTOR?

Dapatkan pemeriksaan jika anda mengalami:

🌡️ Demam tinggi, terutamanya di kawasan yang mempunyai kes denggi
🤕 Demam bersama sakit badan, sakit kepala atau ruam
🤢 Muntah atau tidak mampu minum secukupnya
💧 Kurang kencing atau tanda dehidrasi
🩸 Sebarang tanda pendarahan

🦟 CEGAH AEDES, CEGAH DENGGI — PERIKSA AWAL, RAWAT AWAL!

MARI DAPATKAN SARINGAN DENGGI DI KLINIK APM SEGERA JIKA BERGEJALA ‼️

“AKU PENGHIDAP KANSER TAHAP 4..SEMUANYA DAH TERLAMBAT!”🇲🇾 Kanser di Malaysia :Berdasarkan Malaysia National Cancer Regis...
31/08/2026

“AKU PENGHIDAP KANSER TAHAP 4..SEMUANYA DAH TERLAMBAT!”

🇲🇾 Kanser di Malaysia :
Berdasarkan Malaysia National Cancer Registry Report 2017–2021, sebanyak 168,823 kes kanser baharu telah direkodkan. Risiko mendapat kanser sebelum umur 75 tahun dianggarkan sekitar 1 dalam 8 orang.

Kedudukan kanser utama di Malaysia :
1️⃣ Kanser payudara
2️⃣ Kanser kolorektal / usus besar
3️⃣ Kanser paru-paru
4️⃣ Limfoma
5️⃣ Kanser hati
6️⃣ Kanser prostat
7️⃣ Leukemia
8️⃣ Kanser nasofarinks
9️⃣ Kanser rahim (corpus uteri)
🔟 Kanser ovari

👩 Kanser utama wanita :
* 🎀 Payudara
* Usus besar
* Paru-paru
* Rahim
* Ovari
* Pangkal rahim (serviks)

👨 Kanser utama lelaki :
* Usus besar
* Paru-paru
* Prostat
* Hati
* Limfoma
* Nasofarinks

🔎 Saringan yang penting :

* Payudara → pemeriksaan payudara & mammogram mengikut umur/risiko
* Serviks → HPV test / Pap smear
* Kolorektal → ujian darah samar dalam najis (FIT) dan kolonoskopi jika perlu
* Prostat → pemeriksaan DRE, ujian darah PSA
* Mulut → pemeriksaan mulut, terutama golongan berisiko

⚠️ JANGAN TUNGGU SEHINGGA TERLAMBAT!
Kanser boleh membunuh, tetapi saringan awal boleh meningkatkan peluang rawatan dan kelangsungan hidup.

KESAN AWAL. RAWAT AWAL. SELAMATKAN NYAWA. 🎗️

KLINIK APM MENYEDIAKAN SARINGAN KANSER TUMOUR MARKER. MARI DAPATKAN KONSULTASI DAN SARINGAN SEGERA!

SELAMAT HARI KEBANGSAAN UNTUK SEMUA!Berikut merupakan waktu operasi klinik dan farmasi kami pada Hari Kemerdekaan, 31 Og...
30/08/2026

SELAMAT HARI KEBANGSAAN UNTUK SEMUA!

Berikut merupakan waktu operasi klinik dan farmasi kami pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos 2026 🇲🇾

🇲🇾 MERDEKA — LEBIH DARIPADA SEKADAR SEBUAH LAUNGAN.Merdeka bukan hanya tentang kibaran Jalur Gemilang di langit biru.Buk...
30/08/2026

🇲🇾 MERDEKA — LEBIH DARIPADA SEKADAR SEBUAH LAUNGAN.

Merdeka bukan hanya tentang kibaran Jalur Gemilang di langit biru.
Bukan sekadar laungan “Merdeka!” yang bergema setiap kali tibanya 31 Ogos.

Merdeka adalah tentang pengorbanan mereka yang terdahulu—yang berjuang agar generasi hari ini dapat hidup dalam sebuah negara yang bebas, aman dan berdaulat.

Ayuh rakyat jelata! Pilihlah untuk terus bersatu, menghargai satu sama lain dan membina masa depan yang lebih baik bersama!

🇲🇾 Selamat Hari Kebangsaan.
Tanah ini milik kita.
Sejarah ini tanggungjawab kita.
Masa depan Malaysia berada di tangan kita.

KESIHATAN RAKYAT KESEJAHTERAAN NEGARA.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾❤️

PESAKIT : "ADUH DOKTOR! SAYA RASA PEDIH SANGAT BAHAGIAN ATAS PERUT. NI MESTI MASALAH GASTRIK SAYA DATANG LAGI..TAPI SAYA...
24/08/2026

PESAKIT : "ADUH DOKTOR! SAYA RASA PEDIH SANGAT BAHAGIAN ATAS PERUT. NI MESTI MASALAH GASTRIK SAYA DATANG LAGI..TAPI SAYA DAH JAGA SEMUA PEMAKANAN SAYA DOKTOR 😭"

DOKTOR : "KEPUTUSAN UJIAN NI MENUNJUKKAN CIK POSITIF H.PYLORI."

🦠 H. PYLORI — APA YANG PERLU ANDA TAHU?

H. pylori (Helicobacter pylori) ialah sejenis bakteria yang boleh hidup dalam lapisan perut dan merupakan antara punca utama gastritis dan ulser perut. Jangkitan ini boleh berlarutan bertahun-tahun jika tidak dirawat.

😣 Apakah simptomnya?

* 🔥 Pedih atau sakit bahagian atas perut
* 🤢 Loya / muntah
* 💨 Kembung & banyak sendawa
* 🍽️ Cepat kenyang
* 😖 Rasa tidak selesa selepas makan
* 🩸 Ulser perut atau ulser duodenum berulang

⚠️ Apa komplikasinya?

Jika tidak dirawat, H. pylori boleh meningkatkan risiko:

* Gastritis kronik
* Ulser perut
* Pendarahan gastrousus
* Kanser perut
* MALT lymphoma yang jarang berlaku

🧪 Siapa yang patut pertimbangkan ujian?

Terutamanya individu dengan:
* Simptom gastrik berpanjangan dan berulang
* Ulser perut/duodenum
* Sejarah ulser berulang
* Dyspepsia tertentu
* Ahli keluarga terdekat dengan kanser perut

💊 Rawatan

H. pylori biasanya memerlukan kombinasi beberapa antibiotik + ubat mengurangkan asid perut (PPI). Rawatan perlu dihabiskan mengikut preskripsi doktor.

💊 Boleh sembuh?

Ya! H. pylori boleh dibasmi dengan rawatan kombinasi antibiotik dan ubat pengurang asid.
📌 Selepas rawatan, ujian pengesahan eradikasi (test of cure) biasanya diperlukan untuk memastikan bakteria benar-benar telah hilang.

KENALPASTI PUNCANYA !
Mari dapatkan konsultasi dan saringan H.Pylori di KLINIK APM segera.

💨 JEREBU KEMBALI MELANDA NEGARA..🌫️ JEREBU: APA KESANNYA KEPADA KESIHATAN?➡️Jerebu berlaku apabila udara dipenuhi oleh p...
19/08/2026

💨 JEREBU KEMBALI MELANDA NEGARA..
🌫️ JEREBU: APA KESANNYA KEPADA KESIHATAN?

➡️Jerebu berlaku apabila udara dipenuhi oleh partikel halus dan bahan pencemar. Partikel yang sangat kecil seperti PM2.5 boleh masuk jauh ke dalam saluran pernafasan dan paru-paru.

🫁 Kesan jerebu kepada badan

Kesan jangka pendek:

* 👃 Hidung berair atau tersumbat
* 😷 Batuk dan sakit tekak
* 🫁 Sesak nafas
* 😮‍💨 Wheezing / bunyi nafas berbunyi
* ❤️ Rasa tidak selesa atau sakit dada
* 👁️ Mata pedih, merah dan berair
* 🤕 Sakit kepala
* 😴 Mudah letih

Jerebu juga boleh mencetuskan serangan asma dan memburukkan penyakit paru-paru sedia ada.

⚠️ SIAPA YANG PALING BERISIKO?

1. Kanak-kanak 👧🏻👦🏻
Paru-paru mereka masih berkembang dan mereka biasanya lebih aktif di luar rumah.

2. Pesakit asma 🫁
Jerebu boleh mencetuskan batuk, wheezing dan serangan asma.

3. Pesakit COPD / penyakit paru-paru kronik
Gejala seperti sesak nafas dan batuk boleh menjadi lebih teruk.

4. Warga emas 👵🏻👴🏻
Lebih berisiko mengalami komplikasi pernafasan dan jantung.

5. Pesakit penyakit jantung ❤️
Pencemaran udara boleh memberi tekanan tambahan kepada sistem kardiovaskular.

6. Wanita hamil 🤰🏻

7. Perokok 🚬

8. Individu yang bekerja di luar 👷🏻
Contohnya pekerja pembinaan, penghantar makanan dan pekerja ladang.

🛡️ APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN?

🏠 Kurangkan pendedahan kepada jerebu

* Semak bacaan API sebelum melakukan aktiviti luar.
* Kurangkan masa di luar apabila bacaan udara tidak sihat.
* Elakkan aktiviti fizikal berat di luar.
* Tutup tingkap dan pintu apabila keadaan jerebu teruk.
* Pastikan udara dalam rumah bersih dan bebas daripada asap rokok.

😷 Jika perlu keluar :

Gunakan N95 atau respirator yang sesuai dan dipakai dengan kemas untuk mengurangkan penyedutan partikel halus.

Mask biasa tidak memberikan tahap perlindungan yang sama terhadap partikel halus seperti PM2.5.

👶 Untuk ibu bapa :

Jika anak mempunyai asma atau penyakit paru-paru, kurangkan aktiviti luar ketika jerebu dan pastikan ubat/inhaler yang telah ditetapkan doktor sentiasa tersedia.

🚨 BILA PERLU JUMPA DOKTOR?

Jangan tunggu terlalu lama jika anda mengalami:

🔴 Sesak nafas yang semakin teruk
🔴 Wheezing yang berterusan
🔴 Batuk yang tidak reda
🔴 Dada terasa ketat
🔴 Sakit dada
🔴 Serangan asma yang lebih kerap
🔴 Inhaler pelega tidak membantu seperti biasa
🔴 Demam atau gejala jangkitan pernafasan yang berterusan

🚑 Dapatkan rawatan kecemasan segera jika mengalami sesak nafas yang teruk, tidak mampu bercakap dalam ayat penuh kerana tercungap-cungap, bibir/kulit kelihatan kebiruan, keliru, pengsan atau keadaan merosot dengan cepat.

🌿 INGAT!

Jerebu bukan sekadar “udara berasap”. Ia boleh memberi kesan kepada paru-paru dan jantung.

Lindungi golongan berisiko, kurangkan aktiviti luar dan jangan abaikan simptom pernafasan. 🌫️🫁❤️

🩸 BASIC BLOOD CHECKUP kini tersedia di APM Farmasi! 🩺✨Nak pantau kesihatan dengan lebih mudah?Datang lakukan pemeriksaan...
17/08/2026

🩸 BASIC BLOOD CHECKUP kini tersedia di APM Farmasi! 🩺✨

Nak pantau kesihatan dengan lebih mudah?
Datang lakukan pemeriksaan darah asas di farmasi kami 👨‍⚕️👩‍⚕️

✅ Check gula dalam darah (HbA1c)
✅ Check kolesterol
✅ Check tahap kesihatan buah pinggang
✅ Check hemoglobin
✅ Check tahap kesihatan hati
✅ Check tahap kesihatan melalui air kencing

📍Cepat • Mudah • Mesra pelanggan
Sesuai untuk pemantauan kesihatan berkala & gaya hidup lebih sihat 💙

👨‍⚕️ Semua prosedur pemeriksaan dilakukan oleh doktor dari Klinik APM bagi memastikan proses yang lebih selamat, profesional dan dipercayai.

“Prevention is better than cure” ✨
Jom check awal, lebih tenang!

Address

No 38-01, Jalan PERSIARAN BAYU DAMAI 2/2, TAMAN BAYU DAMAI
Pengerang
816200

Opening Hours

Monday 09:00 - 20:00
Tuesday 09:00 - 20:00
Wednesday 09:00 - 20:00
Thursday 09:00 - 20:00
Friday 09:00 - 20:00
Saturday 09:00 - 20:00
Sunday 09:00 - 20:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Farmasi Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to APM Farmasi Sdn Bhd:

Shortcuts

Share