16/11/2026
SO, MACAM MANA NAK KURANGKAN RISIKO NAION?
Even before this FDA announcement, doctors di iLIV memang sangat tekankan proper medical assessment & monitoring sepanjang GLP-1 treatment.
Especially patients dengan diabetes, hypertension atau existing eye disease.
Antara perkara yang kami tekankan di iliv.my:
✅ Assess medical history & risk factors, termasuk eye health. Baseline eye check especially bagi pesakit berisiko. Antaranya penilaian optic disc & cup-to-disc ratio kerana crowded optic disc merupakan salah satu risk factors NAION.
✅ Monitor blood glucose, BP & metabolic markers secara berkala, biasanya setiap 3 bulan atau lebih kerap mengikut keperluan.
✅ Gradual dose adjustment & monitor treatment response, termasuk perubahan glucose dan BP. Untuk pesakit tertentu, saya juga galakkan CGM.
Kenapa?
Ada teori perubahan glucose & BP yang terlalu cepat mungkin memainkan peranan dalam komplikasi mata, tetapi kaitan khusus dengan NAION masih belum proven.
✅ Kami juga ada special arrangement dengan MATASIGHT OPTOMETRY KOTA DAMANSARA dengan special pricing for hospital level comprehensive eye check bagi pesakit kami.
Penting untuk faham, belum ada cara yang terbukti boleh mencegah NAION berkaitan GLP-1 secara khusus. Tapi kita boleh assess risk factors & monitor treatment dengan baik.
Jika mengalami sudden vision loss, dapatkan emergency eye assessment.
My message?
GLP-1 bukan sekadar injection untuk turunkan berat badan.
It’s a medical treatment that requires proper assessment, individualized dosing & ongoing monitoring.
Sebab tu jangan naik turun dose sesuka hati atau ikut dosing guide daripada “seller”.
Our goal isn’t just weight loss. It’s better metabolic health, with patient safety always in mind. 🤍
⚠️: Kandungan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan kesedaran kesihatan sahaja. Bukan pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional.