Klinik Seri Anggun

Call Directions Website Contact the practice

Klinik Seri Anggun Klinik keluarga yang dipercayai di Rawang.

Menyediakan rawatan untuk seisi keluarga dan membantu lebih 100,000 pesakit sejak 2019 sehingga hari ini.

1,400+ Review & 4.9⭐ di Google

📍 Rawang | Walk-in & WhatsApp tersedia

04/11/2026

Pernah tak tengah memandu, tiba-tiba mata terpejam beberapa saat tanpa sedar?

Hati-hati, itu mungkin tanda microsleep! ⚠️

Microsleep ialah keadaan apabila otak tertidur dalam tempoh yang sangat singkat, biasanya hanya beberapa saat. Ia boleh berlaku tanpa kita sedari, walaupun mata mungkin masih terbuka.

Keadaan ini sering dikaitkan dengan kurang tidur, keletihan melampau dan waktu rehat yang tidak mencukupi.

Walaupun hanya berlaku beberapa saat, microsleep boleh membahayakan, terutamanya ketika memandu atau mengendalikan mesin.

🚗 Jadi, bagaimana microsleep berlaku dan kenapa kita tak boleh ambil mudah?

Tonton penerangan Dr Shahrul dalam video ini untuk ketahui lebih lanjut.

Jangan paksa diri untuk terus berjaga apabila terlalu mengantuk. Berhenti di tempat yang selamat dan dapatkan rehat secukupnya.

📍 Klinik Seri Anggun Rawang
🏥 Lot 126-1, 126-2, 127-1, Persiaran Anggun City 1, Anggun City, Rawang
📞 014-266 2960

03/11/2026

Eczema dan psoriasis nampak macam sama sebab kedua-duanya melibatkan masalah kulit. Tapi sebenarnya, kedua-duanya berbeza!

Walaupun boleh menyebabkan kulit merah, kering dan gatal, eczema dan psoriasis mempunyai punca, ciri-ciri serta rawatan yang berbeza.

Dalam video ini, Dr Shahrul terangkan perbezaan antara eczema dan psoriasis supaya kita tak tersalah anggap kedua-dua masalah kulit ini.

🩺 Jadi, bagaimana nak kenal pasti sama ada masalah kulit yang dialami adalah eczema atau psoriasis?

Tonton Part 1 untuk ketahui penjelasan daripada Dr Shahrul!

📍 Klinik Seri Anggun Rawang
🏥 Lot 126-1, 126-2, 127-1, Persiaran Anggun City 1, Anggun City, Rawang
📞 014-266 2960

03/11/2026

Cyst yang sebelum ni tak sakit, tiba-tiba jadi merah, membengkak dan terasa sakit bila disentuh.

Kenapa boleh jadi macam tu? Adakah cyst tersebut dah dijangkiti kuman?

Sebenarnya, keadaan ini boleh berlaku apabila cyst mengalami keradangan atau jangkitan.

Bila keradangan berlaku, kawasan cyst boleh menjadi merah, bengkak, terasa panas dan menyebabkan kesakitan. Dalam sesetengah keadaan, cyst juga boleh mengandungi nanah.

Sebab tu penting untuk kita kenal pasti perubahan pada cyst dan tak biarkan begitu sahaja, terutamanya apabila mula rasa sakit atau semakin membesar.

Kalau ada cyst yang berubah warna, membengkak atau mula sakit, jangan tunggu sampai keadaan bertambah teruk.

Ada masalah cyst? Datang ke Klinik Seri Anggun untuk pemeriksaan doktor. Boleh terus walk-in, tak perlu appointment!

📍 Klinik Seri Anggun Rawang
🏥 Lot 126-1, 126-2, 127-1, Persiaran Anggun City 1, Anggun City, Rawang
📞 014-266 2960

02/11/2026

HIV dan penyakit kelamin (STD) nampak macam sama, tapi sebenarnya kedua-duanya berbeza. Apa bezanya?

HIV ialah virus yang menyerang sistem imun badan, manakala penyakit kelamin lain seperti sifilis, gonorea dan klamidia disebabkan oleh jangkitan yang berbeza.

Setiap jangkitan mempunyai simptom, cara penularan dan rawatan tersendiri. Malah, ada juga yang tidak menunjukkan sebarang simptom.🩺

Jadi, apa perbezaan HIV dengan penyakit kelamin yang lain?

Tonton penerangan Dr Shahrul dalam video ini untuk fahami dengan lebih lanjut.

Jika mempunyai risiko jangkitan, dapatkan pemeriksaan doktor.
📍 Klinik Seri Anggun Rawang
🏥 Lot 126-1, 126-2, 127-1, Persiaran Anggun City 1, Anggun City, Rawang
📞 014-266 2960

01/11/2026

Ibu mengandung boleh makan semua jenis buah? 🍉 Atau ada buah yang lebih baik untuk kesihatan ibu dan baby?

Sebenarnya, buah-buahan membekalkan pelbagai nutrien penting seperti vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang baik untuk ibu mengandung.

Tapi setiap buah mempunyai kandungan nutrisi yang berbeza.

Dalam video ini, Dr Fatimah buat ranking buah-buahan untuk ibu mengandung berdasarkan khasiat dan kandungan nutrisinya.

Walaupun buah-buahan baik untuk kesihatan, ibu mengandung tetap perlu mengambilnya secara sederhana dan mengamalkan pemakanan yang seimbang.

🍎 Jadi, buah apa yang berada di ranking paling atas?
Tonton sampai habis untuk tahu ranking pilihan Dr Fatimah!

📍 Klinik Seri Anggun Rawang
🏥 Lot 126-1, 126-2, 127-1, Persiaran Anggun City 1, Anggun City, Rawang
📞 014-266 2960

31/10/2026

Cyst yang sebelum ni tak sakit, tiba-tiba jadi merah, membengkak dan terasa sakit bila disentuh.

Kenapa boleh jadi macam tu? Adakah cyst tersebut dah dijangkiti kuman?

Sebenarnya, keadaan ini boleh berlaku apabila cyst mengalami keradangan atau jangkitan.

Bila keradangan berlaku, kawasan cyst boleh menjadi merah, bengkak, terasa panas dan menyebabkan kesakitan. Dalam sesetengah keadaan, cyst juga boleh mengandungi nanah.

Sebab tu penting untuk kita kenal pasti perubahan pada cyst dan tak biarkan begitu sahaja, terutamanya apabila mula rasa sakit atau semakin membesar.

Kalau ada cyst yang berubah warna, membengkak atau mula sakit, jangan tunggu sampai keadaan bertambah teruk.

Ada masalah cyst? Datang ke Klinik Seri Anggun untuk pemeriksaan doktor. Boleh terus walk-in, tak perlu appointment!

📍 Klinik Seri Anggun Rawang
🏥 Lot 126-1, 126-2, 127-1, Persiaran Anggun City 1, Anggun City, Rawang
📞 014-266 2960

30/10/2026

Tak ada simptom, jarang stres dan rasa badan sentiasa sihat, maksudnya kita bebas daripada masalah kesihatan ke?

Tak semestinya.
Pernah ada pesakit yang bacaan tekanan darah, gula dan pemeriksaan lain nampak normal. Tapi selepas pemeriksaan lanjut, doktor kesan masalah hyperthyroidism yang agak serius.

Sebab tu pentingnya buat medical checkup. Bukan sekadar periksa bila badan dah mula tunjuk simptom, tapi untuk kesan masalah kesihatan yang mungkin kita tak sedar.

Jangan tunggu sampai sakit baru nak periksa. Kesihatan kena jaga sebelum terlambat.

Klinik Seri Anggun menyediakan perkhidmatan medical checkup. Tak perlu appointment, boleh terus walk-in!

📍 Klinik Seri Anggun Rawang
🏥 Lot 126-1, 126-2, 127-1, Persiaran Anggun City 1, Anggun City, Rawang
📞 014-266 2960

29/10/2026

Jerebu, denggi atau influenza? Ini 3 cara nak bezakan supaya anda tak tersalah anggap!

No. 3: Tengok punca penyakit
Jerebu berlaku bila udara tercemar dengan zarah halus. Denggi p**a disebabkan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes. Influenza ialah jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza.

No. 2: Perhatikan demam
Kalau terdedah kepada jerebu, biasanya kita tak demam. Denggi p**a selalunya menyebabkan demam tinggi secara tiba-tiba. Influenza pun boleh menyebabkan demam, selalunya bersama rasa letih dan sakit badan.

No. 1: Ada batuk dan selesema tak?
Jerebu boleh menyebabkan batuk kering, tekak rasa perit dan mata pedih. Denggi biasanya tak menyebabkan batuk atau selesema yang ketara. Influenza p**a boleh menyebabkan batuk, sakit tekak dan selesema, bersama sakit badan.

Kalau anda atau anak tak sihat, jangan teka sendiri puncanya. Datang ke Klinik Seri Anggun untuk pemeriksaan supaya kita boleh kenal pasti masalah dan berikan rawatan yang sesuai.

📍 Klinik Seri Anggun Rawang
🏥 Lot 126-1, 126-2, 127-1, Persiaran Anggun City 1, Anggun City, Rawang
📞 014-266 2960

28/10/2026

Apa beza anak tak sihat sebab jerebu atau influenza? Parents kena tahu 3 perkara ni supaya tak tersalah anggap simptom anak.

Kalau anak batuk, sakit tekak atau mata pedih selepas berada di luar rumah, jerebu mungkin menjadi salah satu puncanya. Influenza p**a selalunya bermula secara tiba-tiba, dengan simptom seperti demam, menggigil, sakit badan dan keletihan.

Parents di sekitar Rawang, jika anak mula menunjukkan simptom atau demam, boleh bawa anak ke Klinik Seri Anggun Rawang untuk pemeriksaan lanjut.

Kongsikan video ini supaya lebih ramai parents tahu perbezaan simptom jerebu dan influenza pada anak.

📍 Klinik Seri Anggun Rawang
🏥 Lot 126-1, 126-2, 127-1, Persiaran Anggun City 1, Anggun City, Rawang
📞 014-266 2960

27/10/2026

Rider Grab, Foodpanda dan Lalamove, korang antara yang paling banyak terdedah kepada jerebu setiap hari. Ada 3 risiko kesihatan yang korang kena tahu.

Antaranya mata pedih hingga penglihatan terganggu, badan cepat letih dan hilang fokus ketika menunggang, serta masalah pernafasan akibat terdedah kepada udara tercemar dalam tempoh yang lama.

Musim jerebu ni, gunakan pelitup muka N95 yang sesuai, pakai visor atau pelindung mata dan semak bacaan IPU sebelum keluar bekerja. Kalau rasa pening, berhenti di tempat yang selamat untuk berehat.

Kalau batuk berpanjangan atau mengalami sesak nafas, dapatkan pemeriksaan doktor. Jika sesak nafas teruk, segera dapatkan rawatan kecemasan.

Jika anda mencari klinik di Rawang untuk pemeriksaan kesihatan, boleh datang ke Klinik Seri Anggun Rawang. Kami sedia membantu, terutama ketika musim jerebu.

📍 Klinik Seri Anggun Rawang
🏥 Lot 126-1, 126-2, 127-1, Persiaran Anggun City 1, Anggun City, Rawang
📞 014-266 2960

Address

126-1 Persiaran Anggun City 1, Pusat Komersial Anggun City
Rawang
48000

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 22:00

Telephone

+60142662960

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Seri Anggun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Seri Anggun:

Shortcuts

Share

Nearby clinics