31/10/2026
PENYAKIT KRONIK DAN PENDEKATAN RAWATAN ROHANI DALAM MENYOKONG PROSES PEMULIHAN
1. Pengenalan
Penyakit kronik atau moden bukan sahaja melibatkan gangguan kesihatan fizikal, malah boleh berkait dengan tekanan emosi, pemikiran, gaya hidup dan kesejahteraan rohani.
Penyakit kronik ialah penyakit yang berpanjangan dan memerlukan pemantauan serta rawatan berterusan. Dari sudut kerohanian , penyakit kronik bukan sekadar ujian jasad, tetapi juga boleh menjadi medan penyucian jiwa (tazkiyatun nafs), muhasabah diri dan pengukuhan makrifatullah, iaitu pengenalan hati terhadap Allah SWT.
Pada peringkat ini , manusia perlu menyedari bahawa jasad adalah sebagai amanah terbersar dari Allah , manakala kesihatan dan kesembuhan adalah suatu nikmat dan terjadi dengan izin Allah melalui sebab-sebab yang dikehendaki-Nya.
Dalam ilmu tasawuf atau kerohanian ,ia juga turut membincangkan tentang penyakit hati seperti hasad, takbur, riak, ujub dan cinta dunia secara berlebihan. Namun, penyakit hati merupakan kategori akhlak dan kerohanian, bukan diagnosis penyakit kronik secara perubatan.
2. Punca Utama Penyakit Kronik
Dari sudut perubatan, penyakit kronik boleh berpunca daripada faktor genetik, penuaan, gangguan sistem imun, jangkitan tertentu, pemakanan, kurang aktiviti fizikal serta faktor persekitaran. Puncanya berbeza mengikut jenis penyakit.
Namun dari sudut kerohanian p**a ,penyakit kronik dikaitkan dengan gangguan kerosakan berlarutan pada lapisan tubuh manusia. Ia juga telah termutasi kearah sel-sel yang rosak iaitu berpunca daripada penyakit hati dan minda manusia itu sendiri, iaitu kita gelarkan sebagai sel zombi . Apabila berlakunya kerosakan pada lapisan jasad, maka ia memberi ruang kepada berlakunya penyakit moden .
3. Jenis Penyakit Kronik
* Penyakit fizikal: Diabetes, hipertensi, penyakit jantung, penyakit buah pinggang dan penyakit paru-paru kronik
* Penyakit autoimun: Lupus dan artritis reumatoid
* Penyakit kanser: Sesetengah jenis kanser yang memerlukan rawatan dan pemantauan jangka panjang
* Gangguan kesihatan mental berpanjangan: Kemurungan berulang dan gangguan keresahan kronik.
Ciri-ciri utama:
* Berlarutan dalam tempoh yang panjang
* Memerlukan rawatan atau pemantauan berkala
* Boleh menjejaskan fungsi tubuh, emosi dan kehidupan harian
* Sesetengah penyakit boleh dikawal tetapi tidak dapat disembuhkan sepenuhnya.
4. Cara Mengatasi Penyakit Kronik Melalui Pendekatan Rawatan Rohani
Terima
Menerima segala ketentuan Allah termasuklah yang termaktub didalam rukun iman iaitu Qada' & Qadar
Pasrah
Pasrah tanpa sebarang pertikaian atas penyakit yang dialami
Sabar
Sabar menghadapi ujian dan tabah untuk terus berusaha mendapatkan rawatan tanpa berputus asa.
Reda
Redha di atas segala pemberiannya sama ada baik ataupun buruk
Tawakal
Tawakal dan menyerahkan urusan kepada Allah sepenuhnya
Ikhlas
Ikhlas melakukan sesuatu setelah berusaha tanpa mengharapkan balasan dari Allah
Syukur
Tetaplah beryukur dan menghargai nikmat yang masih ada, walaupun kehidupan sedang diuji
Husnuzan
Bersangka baik kepada Allah tanpa membuat andaian bahawa setiap penyakit pasti mempunyai maksud tersembunyi yang dapat diketahui manusia.
Meditasi
Meditasi dalam rawatan kerohanian merupakan latihan menumpukan perhatian, menenangkan fikiran dan membina kesedaran terhadap keadaan diri.
Dalam perspektif Islam dan tasawuf, terdapat beberapa amalan yang mempunyai unsur perhatian dan penghayatan dalaman .Amalan ini boleh dilakukan sekitar 5–15 minit mengikut keselesaan.
Tafakur: Merenungi kebesaran Allah, hakikat kehidupan dan keadaan diri.
Muraqabah
Menghayati kesedaran bahawa Allah sentiasa mengetahui dan mengawasi hamba-Nya.
Muhasabah
Menilai keadaan hati, pemikiran, perbuatan dan akhlak.
Zikir
Mengingati Allah melalui hati dan lisan untuk memperoleh ketenangan jiwa.
Tazkiyatun nafs
Proses penyucian jiwa daripada sifat mazmumah seperti hasad, dendam, riak dan takbur.
Firman Allah SWT:
"Ketahuilah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."
— Surah Ar-Ra'd, ayat 28.
5. Kesimp**an:
Penyakit kronik adalah penyakit yang boleh dilihat melalui kerosakan dan kesakitan pada jasad .Ini kerana jasad merupakan amanah besar yang perlu dijaga dan dirawat dengan ilmu dan ikhtiar yang berterusan .
Manakala seluruh pengharapan perlulah diserahkan kepada Allah secara keseluruhan. Ia juga merupakan satu peluang besar untuk mendidik nafs kearah penyucian jiwa serta ia dapat memperkukuhkan iman dan tauhid kepada Allah.
Selain itu , pendekatan meditasi dan rawatan rohani juga boleh digunakan sebagai kaedah sokongan kepada rawatan perubatan moden untuk membantu mencapai ketenangan jiwa serta meningkatkan kualiti hidup seseorang .
Namun syaratnya seseorang itu haruslah meletakkan Allah yang pertama dihati meraka supaya Allah memberikan rahmat dan kasih sayangnya kepada hamba-hambanya.
Hakikatnya, kemuncak dalam pencapaian penyembuhan kerohanian bagi seseorang ialah kita sebagai hamba haruslah menyedari bahawasanya , segala yang datang atas izin Allah , dan manusia wajib berikhtiar dengan pelbagai rawatan dan meyakini bahawa Allah lah (الشَّافِي Asy-Syāfī ) Yang Maha Penyembuh segala penyakit .
"Bergerak Ke arah Keharmonian Insan sejati"
PUSAT RAWATN AL-AHAD
AL-AHAD Spiritual Pro-Healing
011-33147781
https://linktr.ee/pusatrawatan.alahad