20/05/2026
๐ฑ๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐, ๐ฑ๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ซ๐๐๐๐๐๐๐
Hari ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Saudara Mohd Basri bin Abu Kassim, Pegawai Kesihatan Persekitaran merangkap Ketua Unit Kesihatan Awam Hospital Taiping atas segala jasa, komitmen dan khidmat bakti sepanjang bersama warga Hospital Taiping.
Bidang kesihatan persekitaran mungkin jarang mendapat perhatian umum, namun peranannya amat BESAR dan PENTING dalam memastikan hospital sentiasa berada dalam keadaan bersih, selamat dan kondusif untuk pesakit, pelawat serta warga kerja. Bermula daripada aspek kawalan penyakit berjangkit, pengurusan sisa klinikal, kawalan vektor hinggalah pemantauan persekitaran hospital, semuanya memerlukan komitmen dan tanggungjawab yang tinggi.
Sepanjang bertugas, En. Basri sentiasa menunjukkan sikap profesional, mudah bekerjasama dan sentiasa komited dalam memastikan setiap tugasan dilaksanakan dengan sebaiknya. Kehadiran dan sumbangan beliau amat dihargai oleh seluruh warga Hospital Taiping.
Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan atas penempatan baharu di Unit Inspektorat, Pkdlms : Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama. Semoga terus cemerlang dan sukses dalam meneruskan amanah serta perkhidmatan kepada masyarakat dan negara.
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Semoga ukhuwah yang terjalin akan terus berkekalan.
Ikhlas daripada,
Dr. Khuzaini bin Abd Karim
Pengarah Hospital Taiping