Jabatan Ortopedik Hospital Teluk Intan

Jabatan Ortopedik Hospital Teluk Intan Klinik Ortopedik Hospital Teluk Intan

01/06/2026

Selamat pagi!

Unit Transfusi Darah Hospital Teluk Intan dibuka seperti biasa sepanjang minggu ini dan TUTUP pada Isnin, 1 Jun 2026 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku dan Selasa, 2 Jun 2026 sempena cuti ganti perayaan Wesak.

📍Lotus's Teluk Intan
🗓️ Selasa, 2 Jun 2026
🕒 10.00 pagi - 2.00 petang

📍TNB Teluk Intan
🗓️ Khamis, 4 Jun 2026
🕒 9.00 pagi - 1.09 tgh hari

📍SJKC Chong Min
🗓️ Sabtu, 6 Jun 2026
🕒 10.00 pagi - 2.00 petang

Kami menjemput anda untuk tampil sebagai wira dengan menderma darah. Setiap titisan amat bermakna untuk mereka yang memerlukan

01/06/2026

𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐃𝐔𝐊𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈𝐍𝐃𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

𝘚𝘦𝘮𝘣𝘢𝘩 𝘵𝘢𝘬𝘻𝘪𝘮 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢:
Seluruh Warga Hospital Teluk Intan

31/05/2026

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐖𝐞𝐬𝐚𝐤 𝟐𝟎𝟐𝟔 🪷

Selamat Menyambut Hari Wesak diucapkan kepada seluruh penganut agama Buddha di Malaysia khasnya kepada warga kerja HTI yang meraikannya.

Ingatan Tulus Ikhlas:
Dr. Nordin Bin Nasir
Pengarah Hospital Teluk Intan &

Seluruh Warga Kerja HTI

Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua....
26/05/2026

Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua....

🌙 𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑴𝑬𝑵𝒀𝑨𝑴𝑩𝑼𝑻 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑹𝑨𝒀𝑨 𝑨𝑰𝑫𝑰𝑳𝑨𝑫𝑯𝑨
10 Zulhijjah 1447H

Ingatan Tulus Ikhlas:
Dr. Nordin Bin Nasir
Pengarah Hospital Teluk Intan dan

Seluruh Warga Kerja HTI

Tahniah!!! Mr Zairul!!!
23/05/2026

Tahniah!!! Mr Zairul!!!

𝑴𝒆𝒏𝒋𝒖𝒍𝒂𝒏𝒈 𝑲𝒆𝒄𝒆𝒎𝒆𝒓𝒍𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑫𝒂𝒍𝒂𝒎 𝑷𝒆𝒓𝒌𝒉𝒊𝒅𝒎𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑶𝒓𝒕𝒐𝒑𝒆𝒅𝒊𝒌 𝒅𝒂𝒏 𝑺𝒑𝒊𝒏𝒆

Komitmen beliau terhadap pesakit, profesion dan pembangunan perkhidmatan ortopedik sentiasa dilakukan dengan penuh dedikasi, tenang dan rasa tanggungjawab yang tinggi.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Zairul Anuar bin Kamarul Bahrin atas kenaikan pangkat yang amat membanggakan ini.

Perjalanan beliau dalam dunia perubatan bermula di Hospital Umum Sarawak pada tahun 1996 sebelum meneruskan latihan kepakaran dalam bidang Ortopedik dan seterusnya subkepakaran 𝘚𝘱𝘪𝘯𝘦, termasuk menjalani latihan fellowship di Jerman.

Sepanjang lebih 20 tahun perkhidmatan, beliau telah mencurahkan bakti di beberapa institusi utama termasuk Hospital Taiping, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Pulau Pinang. Kini, beliau kembali ke HRPB sebagai Pakar Perunding Ortopedik dan 𝘚𝘱𝘪𝘯𝘦 serta Ketua Perkhidmatan Ortopedik Negeri Perak.

Antara sumbangan besar beliau termasuk usaha membangunkan perkhidmatan 𝘚𝘱𝘪𝘯𝘦 di Negeri Perak, selain memegang pelbagai peranan penting di peringkat kebangsaan seperti Ketua Perkhidmatan 𝘖𝘳𝘵𝘩𝘰𝘱𝘢𝘦𝘥𝘪𝘤 𝘚𝘱𝘪𝘯𝘦 𝘚𝘶𝘳𝘨𝘦𝘳𝘺 KKM dan Ketua Latihan Subkepakaran 𝘚𝘱𝘪𝘯𝘦 KKM.

Selain cemerlang dalam bidang klinikal, beliau juga aktif menyumbang dalam bidang akademik dan latihan profesional melalui penglibatan sebagai penceramah, pemeriksa program Ortopedik, penyelidik serta ahli jawatankuasa pelbagai organisasi profesional berkaitan Ortopedik dan 𝘚𝘱𝘪𝘯𝘦.

𝑻𝒂𝒉𝒏𝒊𝒂𝒉 𝑫𝒓. 𝒁𝒂𝒊𝒓𝒖𝒍 𝑨𝒏𝒖𝒂𝒓.

Kenaikan pangkat ini merupakan satu penghargaan yang amat wajar buat seorang figura yang sentiasa komited dalam setiap amanah yang dipikul serta tidak pernah berhenti menyumbang kepada pembangunan perkhidmatan kesihatan negara.

Seluruh warga Hospital Raja Permaisuri Bainun merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada beliau. Semoga terus cemerlang dan terus menjadi inspirasi kepada generasi perubatan akan datang.

Mr Thanesh dan Dr Ahmad Syahidin terlibat sebagai Fasilitator SSI Bundle Care dalam Strong IPC, Smart AMS Workshop 2026 ...
23/05/2026

Mr Thanesh dan Dr Ahmad Syahidin terlibat sebagai Fasilitator SSI Bundle Care dalam Strong IPC, Smart AMS Workshop 2026 di Hospital Teluk Intan pada 18 Mei 2026

23/05/2026
19/05/2026
18/05/2026

PENYELAM PENYELAMAT TURUT MAUT SEMASA OPERASI MENCARI MANGSA DI MALDIVES

Tragedi selaman di Vaavu Atoll, Maldives, bukan sahaja melibatkan lima penyelam Itali yang dilaporkan maut ketika meneroka gua bawah laut. Insiden itu turut meragut nyawa seorang penyelam penyelamat dari Maldives yang terlibat dalam operasi mencari mangsa.

Penyelam penyelamat tersebut dikenal pasti sebagai Mohamed Mahudhee, anggota Maldives National Defence Force. Beliau dilaporkan meninggal dunia semasa operasi pencarian mangsa yang masih berada di dalam sistem gua bawah laut.

Menurut laporan, punca kematian beliau dipercayai berkait dengan decompression sickness, satu komplikasi serius yang boleh berlaku selepas selaman dalam atau operasi bawah air yang mencabar.

Decompression sickness berlaku apabila gas yang larut dalam darah dan tisu badan membentuk gelembung ketika tekanan menurun, biasanya semasa penyelam naik semula ke permukaan. Dalam selaman yang dalam, panjang atau berisiko tinggi, proses naik semula perlu dikawal dengan sangat teliti.

Pakar menyelam menjelaskan keadaan ini boleh berlaku apabila tubuh tidak sempat menyesuaikan diri dengan perubahan tekanan. Gelembung gas yang terbentuk boleh menjejaskan sendi, saraf, paru-paru, otak dan sistem peredaran darah.

Antara gejala yang boleh berlaku termasuk sakit sendi, kebas, lemah badan, pening, sukar berjalan, sesak nafas, kekeliruan, hilang sedar dan dalam kes serius, kematian.

Dalam operasi di Maldives ini, keadaan menjadi lebih kompleks kerana lokasi pencarian melibatkan gua bawah laut, kedalaman tinggi, ruang sempit dan risiko decompression yang lebih besar kepada pasukan penyelamat.

Kes ini menunjukkan bahawa operasi mencari mangsa di laut dalam bukan sekadar kerja menyelam biasa. Penyelam penyelamat berdepan risiko yang sama, malah kadang-kadang lebih tinggi kerana mereka perlu turun semula ke lokasi yang sudah terbukti berbahaya.

Setakat laporan antarabangsa, lima penyelam Itali terbabit dipercayai menyelam sehingga sekitar 50 meter, melebihi had selaman rekreasi biasa di Maldives. Mayat seorang mangsa ditemui berhampiran mulut gua, manakala beberapa mangsa lain dilaporkan masih berada lebih jauh di dalam sistem gua tersebut.

Pakar turut menilai beberapa faktor yang mungkin menyumbang kepada tragedi asal, termasuk oxygen toxicity, kedalaman berlebihan, penggunaan gas atau peralatan yang tidak sesuai, panik, visibility rendah dan struktur gua bawah laut yang menyukarkan laluan keluar.

Kematian Mohamed Mahudhee menambah satu lagi lapisan kepada tragedi ini. Ia bukan hanya kisah penyelam yang tidak kembali ke permukaan, tetapi juga kisah seorang anggota penyelamat yang meninggal dunia ketika menjalankan operasi mencari mangsa.

Address

Klinik Pakar Ortopedik, Jalan Changkat Jong
Teluk Intan
36000

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
Tuesday 08:00 - 13:00
Wednesday 08:00 - 13:00
Thursday 08:00 - 13:00
Friday 08:00 - 12:00

Telephone

+6056298634

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Ortopedik Hospital Teluk Intan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share