GymCademy

Call Directions Website Contact the practice

GymCademy GymCademy is a Child Therapy Centre which provides the best therapy session to typical & special child aged from 1 year - 15 years old.

Unlike other therapy centres, our main aim is the deliverance of knowledge to the parents for self intervention at home SENSORY-MOTOR-COGNITIVE-SOCIAL APPROACH | GYM FOR KIDS | FUN IN THERAPY FOR SPECIAL NEEDS CHILDREN | AUDITORY MEMORY QURAN FOR KIDS | QURAN FOR SPECIAL NEEDS | ONLINE ASSESSMENT/THERAPY SESSION | 1-TO-1 PARENTS COACHING

BUKAN SEKADAR REPORT CARD, TETAPI KISAH PERKEMBANGAN ANAK-ANAK GYMCADEMY! Kalau di sekolah ada Hari Perjumpaan Ibu Bapa ...
29/10/2026

BUKAN SEKADAR REPORT CARD, TETAPI KISAH PERKEMBANGAN ANAK-ANAK GYMCADEMY!

Kalau di sekolah ada Hari Perjumpaan Ibu Bapa dan Guru untuk membincangkan prestasi akademik anak, di GymCademy p**a kami ada Hari Penilaian Prestasi Pelajar EIP & IIP 2026!

Setelah melalui 3 fasa intervensi sepanjang tahun 2026, hari ini menjadi satu detik bermakna buat ibu bapa, anak-anak dan pas**an terapis GymCademy.

Inilah masanya kami duduk bersama ibu ayah untuk berkongsi perjalanan perkembangan anak-anak sepanjang mengikuti program intervensi.

Bukan sekadar menyerahkan laporan penilaian prestasi, tetapi juga membincangkan pencapaian, kemajuan, cabaran serta hala tuju dan sasaran perkembangan anak untuk fasa seterusnya.

Di GymCademy, kami percaya setiap perkembangan anak itu penting, walaupun sekecil mana pun langkahnya. ❤️

Kerana bagi kami, kejayaan intervensi bukan hanya bergantung kepada usaha terapis, tetapi juga kerjasama erat antara ibu bapa dan pas**an intervensi.

TAHNIAH kepada semua pelajar EIP & IIP yang berjaya melengkapkan program intervensi tahun 2026!

Terima kasih juga kepada semua ibu bapa atas kepercayaan, sokongan dan komitmen yang diberikan sepanjang perjalanan ini.

GymCademy, Your Kids Matter.

ANAK NAK MASUK DARJAH 1 TAHUN DEPAN, TAPI DAH BERSEDIA UNTUK MENULIS KE?Anak dah mula masuk kelas, dah kenal ABC, tapi b...
28/10/2026

ANAK NAK MASUK DARJAH 1 TAHUN DEPAN, TAPI DAH BERSEDIA UNTUK MENULIS KE?

Anak dah mula masuk kelas, dah kenal ABC, tapi bila pegang pensel masih kekok? Tulisan tak kemas atau cepat penat bila menulis?

Ibu ayah tahu tak? Sebenarnya, sebelum anak pandai menulis, ada beberapa kemahiran asas yang perlu dikuasai terlebih dahulu!

Jom Terapis GymCademy kongsikan 5 KEMAHIRAN PENTING SEBELUM ANAK MULA MENULIS!

1. KEKUATAN TANGAN & JARI
Anak perlukan otot tangan dan jari yang cukup kuat untuk memegang serta mengawal pensel dengan baik.

☑ Aktiviti: Bermain penyepit baju, menguli playdough atau memicit span.

2. KOORDINASI BILATERAL
Anak perlu tahu menggunakan kedua-dua belah tangan secara bekerjasama. Contohnya, sebelah tangan menulis manakala sebelah lagi memegang kertas supaya tidak bergerak.

☑ Aktiviti: Membuka penutup botol, mengoyak kertas atau menggunting.

3. KOORDINASI MATA-TANGAN
Mata dan tangan perlu bekerjasama supaya anak dapat mengawal pergerakan pensel mengikut apa yang dilihat.

☑ Aktiviti: Baling dan tangkap bola, menyambung titik atau meniru bentuk.

4. MEMORI VISUAL
Anak perlu mengingati bentuk huruf yang dilihat supaya dapat menulisnya semula dengan lebih mudah.

☑ Aktiviti: Tunjukkan susunan blok atau bentuk huruf, kemudian minta anak bina atau lukis semula tanpa melihat contoh.

5. DAYA PERHATIAN
Anak perlu belajar memberi tumpuan semasa melakukan aktiviti supaya dapat mengikuti arahan dan menyiapkan tugasan menulis.

☑ Aktiviti: Memasukkan manik ke dalam tali, menyusun puzzle atau aktiviti mencari objek tersembunyi.

NAMPAK MUDAH, TAPI SEMUA INI PENTING!

Ibu ayah, kemahiran menulis bukan sekadar tahu memegang pensel dan menyalin ABC. Ia melibatkan perkembangan motor, koordinasi, memori dan daya perhatian anak.

Jadi, sebelum terlalu fokus pada latihan menulis, pastikan kemahiran asas anak turut dibina melalui aktiviti bermain yang menyeronokkan!

Ingat, anak yang bersedia untuk menulis bukan semestinya anak yang sudah pandai menulis.

Jom bantu anak bina asas yang kukuh sebelum melangkah ke Tahun 1!

Perhatian ibu ayah yang ada anak bakal masuk tahun satu tahun 2027.Kami ingin kongsikan kepada anda 4 tahap pegangan pen...
27/10/2026

Perhatian ibu ayah yang ada anak bakal masuk tahun satu tahun 2027.

Kami ingin kongsikan kepada anda 4 tahap pegangan pensel anak sepanjang mereka belajar menulis.
👉 Fasa pertama dipanggil CYLINDRICAL GRASP biasanya pada umur 1 - 1.5 tahun. Fasa ini adalah fasa menconteng.
👉 Fasa kedua p**a DIGITAL GRASP pada umur 2 - 3 tahun. Waktu ini anak sedang belajar koordinasi pensel untuk menyurih garisan.
👉 Seterusnya adalah fasa MODIFIED TRIPOD GRASP pada umur 3.5 - 4 tahun. Di fasa ini jari anak masih statik, gerakan menconteng & menyurih masih menggunakan gerakan pergelangan tangan dan siku

👉 Fasa keempat dipanggil TRIPOD GRASP pada umur 4.5 - 7 tahun. Pegangan pensel menggunakan 3 jari & kadang-kadang 4 jari dan gerakan pensel hanya menggunakan pergerakan jari.
Jom check sekarang cara anak-anak kita pegang pensel. Kemudian perhatikan juga pergerakan tangan & jari anak ketika menconteng/menulis. 🧐
Kalau anak kita 6 tahun masih pegang pensel cara genggam kena banyakkan latihan untuk mereka dan rujuk terapis untuk bantu anak.
Jadi, di manakah tahap anak kita?
Selamat berjaya! 🍎

Pengalaman Bermakna, Ilmu untuk Dibawa ke Masa Hadapan Alhamdulillah, pada Sabtu lalu, GymCademy berbesar hati menerima ...
22/10/2026

Pengalaman Bermakna, Ilmu untuk Dibawa ke Masa Hadapan

Alhamdulillah, pada Sabtu lalu, GymCademy berbesar hati menerima kunjungan mahasiswi daripada Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari, UIAM Pagoh bagi menjayakan sebuah program bersama pelajar-pelajar GymCademy.

Program ini bukan sahaja memberikan pengalaman baharu kepada para mahasiswi dalam mengendalikan aktiviti bersama anak-anak berkeperluan khas, malah membuka ruang untuk mereka memahami dengan lebih dekat keperluan, keupayaan dan pendekatan yang sesuai dalam mendampingi anak-anak istimewa ini.

Pada penghujung program, OT Aisyah Rozalli , Clinical Director GymCademy, turut berkongsi ilmu, panduan dan tips berkaitan persediaan serta pendekatan yang perlu diberi perhatian sebelum dan semasa mengendalikan sesi pembelajaran bersama anak-anak berkeperluan khas.

Terima kasih kepada pihak UIAM Pagoh kerana memilih GymCademy sebagai ruang pembelajaran dan perkongsian ilmu. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan bermakna serta bekalan ilmu dan kemahiran yang bermanfaat untuk dibawa ke mana sahaja langkah kalian selepas ini.

Tulisan yang baik tidak terbentuk dalam sehari.Ia bermula dengan bimbingan yang betul, latihan yang konsisten dan kesaba...
21/10/2026

Tulisan yang baik tidak terbentuk dalam sehari.

Ia bermula dengan bimbingan yang betul, latihan yang konsisten dan kesabaran yang berterusan.

Buat ibu ayah yang anaknya bakal melangkah ke Tahun 1, jangan terlalu risau jika tulisan anak masih belum kemas.

Bukan siapa yang paling cepat, tetapi siapa yang terus dibimbing dan diberi peluang untuk berkembang.

Kerana setiap anak ada langkah dan masa mereka sendiri. Jangan putus asa, ibu ayah. Usaha kecil hari ini mungkin menjadi kemajuan besar untuk anak esok.

ANAK NAK MASUK DARJAH 1 TAHUN DEPAN? DAH BERSEDIA KE BELUM?Mesti ibu ayah teruja melihat si kecil bakal melangkah ke ala...
16/10/2026

ANAK NAK MASUK DARJAH 1 TAHUN DEPAN? DAH BERSEDIA KE BELUM?

Mesti ibu ayah teruja melihat si kecil bakal melangkah ke alam persekolahan, kan? Tapi sebelum anak melangkah ke Tahun 1, terapis GymCademy pesan untuk ibu ayah semak dulu sama ada anak dah kuasai Basic Concepts yang penting untuk pembelajaran di sekolah.

4 ASAS YANG IBU AYAH BOLEH SEMAK DI RUMAH

✅ Besar & Kecil – Anak boleh bezakan objek mengikut saiz.

✅ Jauh & Dekat – Anak faham perbezaan jarak dan kedudukan objek.

✅ Bentuk Huruf – Anak mula mengenal dan membezakan bentuk huruf.

✅ Warna Asas – Anak boleh mengenal dan membezakan warna asas.

Kenapa basic concepts ni penting?

Konsep asas membantu anak memahami arahan guru, mengikuti aktiviti pembelajaran dan membina kemahiran awal sebelum menguasai akademik yang lebih kompleks.

Jika anak masih belum menguasai semuanya, boleh cuba rujuk dengan terapis kami untuk buat sesi penilaian penuh.

Jom semak perkembangan anak dari sekarang supaya mereka lebih bersedia untuk melangkah ke Tahun 1!

ANAK BAWAH 10 TAHUN SUSAH FOKUS DALAM KELAS? PARENTS, JANGAN TERUS ANGGAP ANAK MALAS!Anak selalu tidur dalam kelas.Cikgu...
15/10/2026

ANAK BAWAH 10 TAHUN SUSAH FOKUS DALAM KELAS? PARENTS, JANGAN TERUS ANGGAP ANAK MALAS!

Anak selalu tidur dalam kelas.
Cikgu bercakap, tetapi anak seperti tidak mendengar.
Nampak tidak berminat untuk belajar.
Asyik bangun dari tempat duduk walaupun cikgu sudah beri arahan.

Pernah tak parents terfikir, “Kenapa anak aku macam ni? Dia tak minat belajar ke?”

Sebelum kita melabel anak sebagai malas, degil atau s**a buat perangai, jom semak 3 perkara penting ini! 👇

1️⃣ PERKEMBANGAN ANAK SELARI TAK DENGAN USIA? 🧠

Adakah anak boleh memberikan perhatian, memahami arahan, mengawal tingkah laku dan melakukan tugasan mengikut tahap perkembangannya?

2️⃣ BERAPA LAMA ANAK HABISKAN MASA DENGAN GADGET?

Balik sekolah, tengok TV.
Waktu lapang, main telefon.
Sebelum tidur, masih menghadap skrin.

Tanpa kita sedar, penggunaan skrin yang berlebihan, terutamanya pada waktu malam, boleh mengganggu tidur dan menyebabkan anak tidak mendapat rehat yang mencukupi. Apabila anak mengantuk, perhatian dan penglibatan dalam pembelajaran juga boleh terjejas.

3️⃣ APA AKTIVITI ANAK DI LUAR WAKTU SEKOLAH?

Selain belajar di sekolah, adakah anak mempunyai peluang untuk bergerak, bermain dan meneroka persekitaran?

Atau kebanyakan masa dihabiskan dengan duduk, menonton TV dan bermain telefon?

Dapatkan penilaian daripada pakar kanak-kanak atau profesional yang berkaitan. Occupational Therapist (OT) boleh membantu menilai kemahiran perhatian, pemprosesan sensori, kawalan tingkah laku, kemahiran motor dan kefungsian anak dalam aktiviti harian serta persekitaran pembelajaran.

Lebih awal kita kenal pasti keperluan anak, lebih awal sokongan yang sesuai boleh diberikan.

Mama ayah jangan terkejut kalau saya kata, sebenarnya dalam kebanyakan masa, anak kita tak perasan pun kalau kita beri a...
14/10/2026

Mama ayah jangan terkejut kalau saya kata, sebenarnya dalam kebanyakan masa, anak kita tak perasan pun kalau kita beri arahan pada mereka.

Sebab tu ada masa bila kita cakap, anak buat tak tahu je.. kita pun mula marah-marah, anak akan memberontak.

Sebab dari awal kita duk bercakap tu, maklumat tak sampai pun pada anak.

Lagi-lagi anak usia 9 tahun dan ke bawah. Cakap panjang lebar lagilah anak tu susah nak proses.

Ini disebabkan kemahiran mendengar melibatkan penggunaan otak logik.🧠

Anak usia 9 tahun ke bawah lebih banyak gunakan otak bahagian gestalt mereka.

Siapa yang baru tahu, sila angkat tangan. 🙋‍♀

ANAK SUSAH BELAJAR MENULIS? Cuba Aktiviti Menulis Secara Vertikal! Tahukah anda, aktiviti menulis tidak semestinya dilak...
13/10/2026

ANAK SUSAH BELAJAR MENULIS? Cuba Aktiviti Menulis Secara Vertikal!

Tahukah anda, aktiviti menulis tidak semestinya dilakukan sambil duduk di meja? Bagi anak-anak yang sedang belajar menulis, aktiviti menulis secara vertikal seperti menconteng atau menulis di atas whiteboard, blackboard atau permukaan menulis yang selamat pada paras mata boleh menjadi salah satu alternatif yang menarik untuk dicuba.

Jangan terus paksa anak menulis di atas meja! Ada sebab mengapa aktiviti menulis secara vertikal boleh menjadi salah satu latihan yang bermanfaat untuk anak. Nak tahu kenapa? Baca di ruangan komen! 👇🏻

Sumber ilmu dan foto : OT Aisyah Rozalli

Address

No. 61, Jalan Eco 1, Zon Industri Ayer Keroh Baru
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30
Saturday 08:30 - 17:30
Sunday 09:00 - 12:00

Telephone

+601110712840

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GymCademy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to GymCademy:

Shortcuts

Share

Nearby clinics