Pergigian Kuala Kangsar

Call Directions

Pergigian Kuala Kangsar PEJABAT KESIHATAN PERGIGIAN DAERAH KUALA KANGSAR

[ 𝐋𝐚𝐩𝐨𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐊𝐥𝐢𝐧𝐢𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐢𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐬𝐫𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐊𝐏 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐊𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 ]🦷✨ SENYUM SIHAT, HIDUP CERIA...
02/11/2026

[ 𝐋𝐚𝐩𝐨𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐊𝐥𝐢𝐧𝐢𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐢𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐬𝐫𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐊𝐏 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐊𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 ]

🦷✨ SENYUM SIHAT, HIDUP CERIA! ✨🦷

Pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung pada bulan September ini di KP Mesra Promosi yang melibatkan semua peringkat umur — dari kanak-kanak sampai dewasa!
Antaranya adalah :

🎤 Ceramah Kesihatan Pergigian oleh Dr Savithri, Dr Nabilah, Dr Divya, Dr Abu, Dr Hanis, Dr Sharmilla, Dr Hafidzah, dan Dr Hamizah.

📚 Aktiviti Mewarna dan Permainan Interaktif yang dikendalikan oleh Juruterapi Pergigian KP Padang Rengas iaitu JP Wahaniza dan JP Ain.

🪥 Demonstrasi Latihan Memberus Gigi (LMG)

💬 Kaunter “Anda Tanya, Kami Jawab”

🦷 Pameran Kesihatan Pergigian

❓ Kuiz Pergigian, Mewarna dan Permainan Interaktif

💙 Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan aktiviti ini. Sokongan anda amat kami hargai!

Jangan lupa — gigi sihat, senyuman pun makin yakin! 😄

Semoga bermanfaat.




[ 𝐊𝐥𝐢𝐧𝐢𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐢𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐬𝐫𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐊𝐏 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐊𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐫 ]Assalamualaikum dan hai warga Kuala Kangsar! 🌟📣 Jom ramai-ramai!Klini...
30/10/2026

[ 𝐊𝐥𝐢𝐧𝐢𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐢𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐬𝐫𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐊𝐏 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐊𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐫 ]

Assalamualaikum dan hai warga Kuala Kangsar! 🌟

📣 Jom ramai-ramai!

Klinik Pergigian Mesra Promosi kini kembali dengan pelbagai aktiviti menarik 🎉

📍 Klinik Pergigian Kuala Kangsar
🗓 30 Oktober 2026 | ⏰ 2.45 – 4.00 petang

Jumpa anda di sana! 😊



29/10/2026
[ 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐩𝐢𝐬𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐠𝐨𝐭𝐚 𝐏𝐊𝐏𝐃𝐊𝐊 ]Satu majlis perpisahan telah diadakan pada 27 Oktober 2026 sempena pertukaran JP Nur...
29/10/2026

[ 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐩𝐢𝐬𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐠𝐨𝐭𝐚 𝐏𝐊𝐏𝐃𝐊𝐊 ]

Satu majlis perpisahan telah diadakan pada 27 Oktober 2026 sempena pertukaran JP Nursyaza Syahirah ke PKPD Tanah Merah, Kelantan.

PKPD Kuala Kangsar ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas bakti yang dicurahkan dan selamat maju jaya.



[ 𝐏𝐨𝐬𝐭𝐞𝐫 𝐄𝐊𝐒𝐀 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 ] Gotong-royong memupuk kerjasama demi klinik yang bersih, selesa dan kerja yang lebih ...
28/10/2026

[ 𝐏𝐨𝐬𝐭𝐞𝐫 𝐄𝐊𝐒𝐀 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 ]

Gotong-royong memupuk kerjasama demi klinik yang bersih, selesa dan kerja yang lebih efisien.

Semoga bermanfaat.



𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐅𝐋𝐔𝐎𝐑𝐈𝐃𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐀𝐖𝐀𝐌📅 Tarikh: 27 Oktober 2026 (Selasa)⏰ Masa: 9....
28/10/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐅𝐋𝐔𝐎𝐑𝐈𝐃𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐀𝐖𝐀𝐌

📅 Tarikh: 27 Oktober 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Tempat: Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Siput, LRA Felda Lasah dan LRA Perlop 1
🏢 Anjuran: Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuala Kangsar (PKPDKK)

Pada 27 Oktober 2026, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuala Kangsar (PKPDKK) telah mengadakan Lawatan Penyeliaan dan Sambil Belajar bagi Program Pemfluoridaan Bekalan Air Awam di tiga buah Loji Rawatan Air (LRA), iaitu LRA Sungai Siput, LRA Felda Lasah dan LRA Perlop 1.

Lawatan ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan program pemfluoridaan bekalan air awam mematuhi standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Selain itu, lawatan ini turut memberi peluang kepada pihak pergigian untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh pihak loji dalam pelaksanaan program serta membincangkan langkah penambahbaikan yang bersesuaian.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang lawatan ialah:

🔹 Demonstrasi pengujian paras fluorida dalam sampel air di loji rawatan air.

🔹 Pemantauan stok dan penyimpanan bahan fluorida serta pemeriksaan status operasi sistem suapan bahan fluorida (fluoride feeder).

🔹 Pengenalpastian masalah kerosakan di loji serta perkongsian maklumat mengenai langkah penambahbaikan yang dilaksanakan oleh pihak loji bagi memastikan pematuhan paras fluorida.

🔹 Penerangan oleh pihak loji mengenai proses rawatan air sehingga air terawat dibekalkan kepada pengguna, khususnya sebagai pendedahan dan pembelajaran kepada pegawai pergigian yang baharu bertugas di Klinik Pergigian Sungai Siput.

Lawatan ini melibatkan empat orang anggota pergigian dan dua orang anggota Lembaga Air Perak (LAP). Kerjasama erat antara pihak pergigian dan pihak loji amat penting bagi memastikan program pemfluoridaan bekalan air awam dilaksanakan dengan berkesan, sekali gus menyokong usaha pencegahan karies gigi dan meningkatkan kesihatan pergigian masyarakat.

PKPDKK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Lembaga Air Perak, khususnya anggota yang terlibat di loji rawatan air berkenaan, atas kerjasama dan perkongsian ilmu yang diberikan sepanjang lawatan ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua anggota PKPD Kuala Kangsar yang terlibat.

Semoga bermanfaat.



[ 𝐏𝐚𝐦𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐢𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐁𝐮𝐤𝐮 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐣𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐊𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 ]📆 Tarikh: 25 Oktober 2026 (Ahad)📍 Lo...
27/10/2026

[ 𝐏𝐚𝐦𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐢𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐁𝐮𝐤𝐮 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐣𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐊𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 ]

📆 Tarikh: 25 Oktober 2026 (Ahad)
📍 Lokasi: Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar
⏰ Masa: 9.30 pagi – 6.30 petang

PKPD Kuala Kangsar telah menyertai Program Karnival Buku Bandar Diraja Kuala Kangsar 2026 anjuran Pertubuhan Lestari yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar.

Sepanjang program berlangsung, PKPD Kuala Kangsar telah mengendalikan booth pameran pergigian yang memberi fokus kepada kesedaran mengenai kanser mulut dan kepentingan penjagaan kesihatan mulut. Pameran ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang awam mengenai kesihatan pergigian melalui penyampaian maklumat serta aktiviti pendidikan kesihatan yang interaktif.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:

🦷 Pameran kesihatan pergigian oleh Dr Maisarah, Dr Hanis, JP Mumthaj, JP Haryanty dan JTP Rashidah
🎲 Permainan interaktif kesihatan pergigian bersama pengunjung

Booth pameran pergigian telah menerima kunjungan seramai kira-kira 150 orang pengunjung sepanjang program berlangsung.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak Pertubuhan Lestari selaku penganjur serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga penglibatan dalam program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperluas penyampaian pendidikan kesihatan pergigian serta memupuk kesedaran dan amalan penjagaan kesihatan mulut yang baik dalam kalangan masyarakat.

Terima kasih diucapkan kepada semua anggota PKPD Kuala Kangsar yang terlibat.

Semoga bermanfaat.



26/10/2026
🏆 [ 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐥𝐮𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 & 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 ] 🏆Syabas dan tahniah diucapkan kepada Klinik Pergigian Kuala Kangsar atas kejayaan m...
26/10/2026

🏆 [ 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐥𝐮𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 & 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 ] 🏆

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Klinik Pergigian Kuala Kangsar atas kejayaan merangkul 𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡 dalam 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗹𝗶𝗻𝗶𝗸 𝗣𝗲𝗿𝗴𝗶𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗠𝗲𝘀𝗿𝗮 𝗣𝗿𝗼𝗺𝗼𝘀𝗶 𝗧𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲! 🎉

Pertandingan anjuran Bahagian Kesihatan Pergigian (BKP) Negeri Perak ini telah berlangsung pada bulan Ogos 2026. Kejayaan yang membanggakan ini telah diraikan menerusi majlis penyampaian hadiah semasa Majlis Perhimpunan Bulan Oktober JKN Perak pada 22 Oktober 2026.

Anugerah ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Feisul Idzwan bin Dato’ Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri Perak.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh:

🔹 Dr. Azizah binti Mohd Idris, Pegawai Pergigian Daerah
🔹 Dr. Sarah Sakinah binti Mohd Zabidi, PPYM Klinik Pergigian Kuala Kangsar
🔹 Dr. Nur Amani binti Mat Yusoh, Penyelaras KPMP Klinik Pergigian Kuala Kangsar

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut ditujukan kepada seluruh warga Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah (PKPD) Kuala Kangsar atas kerjasama, komitmen dan usaha berpasukan dalam menjayakan pelaksanaan aktiviti Klinik Pergigian Mesra Promosi (KPMP).

Kejayaan ini bukan sekadar satu kemenangan, malah merupakan manifestasi semangat kerja berpasukan, kreativiti, dedikasi dan komitmen berterusan seluruh warga PKPD Kuala Kangsar dalam memperkasakan promosi kesihatan pergigian kepada masyarakat.

Tahniah sekali lagi kepada seluruh warga PKPD Kuala Kangsar! Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melangkah lebih jauh dan mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.🌟

Semoga bermanfaat.




[ 𝐁𝐞𝐧𝐠𝐤𝐞𝐥 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐤𝐫𝐢𝐩𝐬𝐢 𝐓𝐮𝐠𝐚𝐬 (𝐉𝐃) 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐒𝐤𝐢𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐊𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭 𝐀𝐦 (𝐏𝐊𝐀) 𝐏𝐊𝐏𝐃 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐊𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐫 ]Tarikh: ...
22/10/2026

[ 𝐁𝐞𝐧𝐠𝐤𝐞𝐥 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐤𝐫𝐢𝐩𝐬𝐢 𝐓𝐮𝐠𝐚𝐬 (𝐉𝐃) 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐒𝐤𝐢𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐊𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭 𝐀𝐦 (𝐏𝐊𝐀) 𝐏𝐊𝐏𝐃 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐊𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐫 ]

Tarikh: 15 Oktober 2026
Tempat: Bilik Mesyuarat KP Hospital Kuala Kangsar

Bengkel yang berlangsung di Bilik Mesyuarat KP Hospital Kuala Kangsar ini dihadiri oleh semua kakitangan skim PKA dari semua klinik pergigian daerah Kuala Kangsar.

Pelaksanaan bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan menyeluruh mengenai struktur peranan baharu di bawah skim PKA, selaras dengan pekeliling dan panduan penyediaan Deskripsi Tugas JPA. Langkah ini penting selaras dengan usaha mengoptimumkan sumber manusia menerusi pendekatan pelbagai tugas (multitasking) dan berbilang kemahiran (multi-skilling) dalam sector awam.

Sepanjang bengkel intensif ini berlangsung, wakil Skim PKA yang terdiri dari Pemandu Kenderaan (En. Mohd Johaina bin Kamaruddin) dan Pembantu Awam (En Muhammad Azlan bin Shansuddin) telah menyampaikan ceramah mengenai Penetapan Akauntabiliti & Tugas Harian.

Pihak Pengurusan Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuala Kangsar mengharapkan agar pemurnian JD ini dapat menghapuskan kekeliruan skop kerja, sekaligus menanam semangat kerja berpasukan yang lebih jitu. Dengan adanya deksripsi tugas yang jelas dan telus, penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian kepada komuniti Kuala Kangsar dijamin akan terus berada pada tahap yang cemerlang.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada penyelaras bengkel dan peserta yang terlibat.

Semoga bermanfaat.



Address

Jalan Raja Idris, Klinik Pergigian Hospital
Kuala Kangsar
33000

Telephone

+6057761050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Kuala Kangsar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share