Rayyan OT Centre

Call Directions Website Contact the practice

Rayyan OT Centre Where Early Treatment Transforms Lives, Early Assestment and life-changing treatment for toddlers. Rayyan OT Centre is a centre for children with special needs.

We believe that every child should enjoy learning through play. We are dedicated to help the children with intelectual and developmental disabilities to have a better Quality of Life.

📣 JAWATAN KOSONG – PJK2ICRKami sedang membuat persediaan untuk berkembang dan mencari calon Muslimah bagi jawatan:👩‍🏫 Sp...
21/10/2026

📣 JAWATAN KOSONG – PJK2ICR

Kami sedang membuat persediaan untuk berkembang dan mencari calon Muslimah bagi jawatan:

👩‍🏫 Special Needs Teacher
💻 Admin

📍 Lokasi kekosongan:

• Rasah Kemayan, Seremban 2
• Bandar Seri Putra, Bangi

Pengalaman adalah satu kelebihan. Calon yang belum berpengalaman tetapi benar-benar berminat, rajin dan bersedia untuk belajar juga dialu-alukan.

Latihan dan bimbingan akan diberikan.

Berminat? Hantarkan resume dan nyatakan jawatan serta lokasi pilihan melalui WhatsApp:

📲 https://wa.me/60196115813?text=Hi%20PJK2ICR%2C%20saya%20berminat%20untuk%20memohon%20jawatan.%20Jawatan%3A%20_____%20Lokasi%20pilihan%3A%20_____

Boleh bantu share kepada kawan-kawan yang sedang mencari kerja. Terima kasih! 💙💛

20/10/2026

Morning routine with our champions! 🌟

Sedikit regangan dan aktiviti gross motor untuk recharge tenaga dan fokus anak-anak pagi ni. Yang penting, mereka gembira dan seronok bergerak!

19/09/2026

Aktiviti 'Body Roll & Drop' bukan sekadar mainan biasa, tapi ia adalah teknik penting untuk tingkatkan fokus dan kuatkan otot teras (core muscles) kanak-kanak autisme. Nak tengok bagaimana kami bantu anak-anak istimewa ini belajar sambil bermain di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Istimewa Cerdik Rayyan

Follow akaun kami untuk lebih banyak tips perkembangan, atau klik pautan di bio untuk maklumat lanjut tentang sesi pengambilan baru! 🚀✨

16/09/2026

✨ Selamat Hari Malaysia daripada kami di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Istimewa Cerdik Rayyan! 🌸

Di sebalik setiap keunikan dan kepelbagaian anak-anak syurga ini, di sinilah lahirnya sebuah cinta untuk Malaysia. Semoga bumi bertuah ini terus makmur, aman, dan penuh dengan kasih sayang tanpa sempadan untuk setiap anak-anak istimewa kita. 🌈❤️

16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Malaysia dibina daripada pelbagai perbezaan, namun kita disatukan oleh satu rasa — rasa saling menerima, menghormati dan menyayangi.

Begitu juga dengan anak-anak istimewa.
Mereka mungkin belajar dengan cara yang berbeza, melihat dunia dengan cara yang berbeza, tetapi mereka tetap sebahagian daripada kita dan berhak mempunyai ruang untuk berkembang, berjaya dan mengejar masa depan mereka. ❤️

Sempena Hari Malaysia ini, marilah kita membina sebuah Malaysia yang bukan sekadar bersatu, tetapi lebih memahami, lebih menerima dan lebih inklusif untuk semua.

Berbeza keupayaan, sama berharganya.
Malaysia kita, masa depan kita bersama. 🇲🇾

Salam Hari Malaysia daripada
Pusat Jagaan Kanak-Kanak Istimewa Cerdik Rayyan (Rayyan OT Centre) ❤️💙💛🤍

10/09/2026

Tanah tumpahnya darahku. 📍🇲🇾

Tiada tempat yang seindah bumi bertuah ini. Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-69 dan Selamat Hari Malaysia! Mari kita terus jaga perpaduan dan keharmonian yang kita nikmati hari ini demi generasi masa depan.

Bangga jadi anak Malaysia! ✊❤️

Hashtags:

27/08/2026

Latihan meniti sambil menekan bola ke dinding sangat bagus untuk anak . Aktiviti ini memberikan rangsangan sensori (proprioceptif) yang menenangkan saraf, serta melatih fokus dan imbangan mereka.

24/08/2026

Kelebihan aktiviti berkebun bagi kanak-kanak istimewa:

1. 🌱 Melatih kemahiran motor halus – memegang biji benih, mencabut rumput dan menggunakan alatan berkebun.

2. 💪 Meningkatkan motor kasar – menggali tanah, mengangkat pasu dan menyiram pokok.

3. 🧠 Meningkatkan fokus dan perhatian – mengikuti langkah menanam dan menjaga pokok.

4. 🌿 Memupuk rasa tanggungjawab – belajar menyiram dan menjaga pokok secara berkala.

5. 👀 Meningkatkan kemahiran deria – mengenal tekstur tanah, bau daun dan melihat warna tumbuhan.

6. 🤝 Melatih kemahiran sosial – bekerjasama dan berkongsi tugasan dengan rakan.

7. 😊 Meningkatkan keyakinan diri – berasa gembira apabila melihat tanaman yang dijaga tumbuh dengan baik.

8. 🏡 Membina kemahiran kehidupan harian – mempelajari aktiviti yang boleh diamalkan di rumah atau komuniti.

9. ♻️ Memupuk kesedaran menjaga alam sekitar – memahami kepentingan tumbuhan dan kebersihan persekitaran.

21/08/2026

📚 AKTIVITI KELAS

Kelas : *Eip 2*
Aktiviti : tape ball challange
Target : melatih jari dan tangan untuk mencubit, menarik dan mencabut bola kecil
Respons student : *Murid melakukan aktiviti dengan baik dan sedikit bantuan.*

Address

No. 17, Jalan RK 5/14, RASAH KEMAYAN
Seremban
70300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rayyan OT Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Rayyan OT Centre:

Shortcuts

Share