27/10/2026
Assalammuailaikum & Salam sejahtera 🤗
🌷Premis Optometri Pilihan Keluarga Anda👍🏻
Alhamdulillah, Hari ini genap 7 tahun Metro Optical And Optometrist beroperasi.
Terima kasih buat pelanggan yang dihargai kerana terus memilih, menyokong dan menjadi sebahagian daripada perjalanan kami. Setiap kepercayaan yang diberikan semuanya menjadi dorongan dan semangat kepada kami.
Ya Allah,
berkatilah usaha kecil kami ini.
Murahkanlah rezeki, panjangkanlah umur perniagaan ini,
permudahkan setiap urusan,
jauhkan daripada segala kesulitan,
dan jadikanlah setiap rezeki yang diperoleh
sebagai rezeki yang halal, luas dan penuh keberkatan.
Semoga langkah ini terus dipandu dengan kejujuran,
dipermudahkan dengan kekuatan,
dan dikurniakan kejayaan yang membawa manfaat buat ramai.
Terima kasih semua pelanggan Metro Optical And Optometrist. Semoga Allah membalas segala kebaikan anda semua. ❤️😊